Thursday, October 5, 2017

Opick merupakan pencipta lagu Dealova yang dinyanyikan oleh Once.

Kini Opick menyanyikan semula lagu Dealova ini dalam versinya sendiri.

Memang asyik lagu ini dan lebih kepada kerohanian lagu baru ini.


Monday, September 25, 2017

Masih ada lagi ke bisnes atau syarikat yang tidak menggunakan sosial media seperti Facebook, Instagram atau Massanger sebagai medium marketing mereka?

Jika belum Ada, memang rugilah mereka itu kerana Facebook, IG dan lain-lain sosial media adalah lubuk generasi melenial berkumpul.

Generasi yang lahir pada tahun 90an adalah mereka yang kerap menggunakan sosial media ini.

Menggunakan FB dan sosial media lain akan memberi kelebihan kerana FB ada lebih 2 billion pengguna, Massanger pula ada 1 billion pengguna manakala IG ada 700 ribu pengguna dan semakin bertambah.

Jadi, gunakan lubuk ini untuk mengembangkan bisnes kita.

Monday, September 11, 2017

Perlawanan minggu keempat EPL dah selesai. Tinggal 3 perlawanan yang akan berlangsung malam ini.

Pasukan Utama EPL semua dah bermain dan keputusan agak mengejutkan bagi peminat Liverpool yang dibelasah oleh Man City dengan jaringan 5 - 0.
.
Teruk tu. Minggu sebelum tu, mereka yang membelasa Arsenal 4 - 0. Kurang konsisten nampaknya Liverpool nie.

Gambar di bawah nie keputusan penuhnya.

Buat penyokong Man United, keputusan seri dengan Stoke City pastinya kurang menggembirakan kkerana rekod 100% dah tamat.

Apapun, United masih kekal ditangga teratas diikuti oleh Man City.


Saturday, September 9, 2017

Disebabkan mood menulis blog agak kurang berbanding menulis di Laman Sosial seperti Facebook atau Twitter, perlu kekuatan yang lebih agar blog tidak ditinggalkan.

Ini kerana, blog merupakan salah satu medium marketing yang berkos rendah.


Blog adalah tempat di mana kita buat kerja sekali, tetapi hasilnya datang berkali-kali.

Tetapi, buat kerja sekali itu, walaupun nampak ringan, ia PERLU dilakukan secara KONSISTEN.

Konsisten menulis di blog agar ia sentiasa dalam keadaan Up to date.

Lagi 1, blog akan terus menjadi sumber rujukan di masa akan datang kerana ia kekal berada dalam simpanan Google Search yang semestinya menjadi tempat carian ramai antara kita bagi mendapatkan maklumat atau informasi.

Kesimpulannya, jom update blog terutamanya bagi mereka yang berbisnes.
Video HIGHLIGHT perlawanan Liga Perancis, Metz menentang PSG.

Buat kali pertama PSG menurunkan kombinasi pemain penyerang yang bernilai lebih dari $400 juta iaitu Cavani, Neymar dan terbaru Mbappe.
.
Ketiga-tiga mereka telah mula menunjukkan taring masing-masing.

Hasilnya, Metz dibelasah dengan jaringan 1:5.
.
Cavani menjaringkan 2 gol, Neymar 1, Mbappe 1 dan Lucas Moura yang masuk sebagai pemain gantian menjaringkan 1 gol.


Apapun, berdasarkan HIGHLIGHT, ketajaman dan keserasian mereka belum terserlah kerana selepas Metz kekurangan 1 pemain baru mereka dapat menjaringkan gol tambahan.

Tapi itu baru 1 perlawanan mereka beraksi bersama. Kalau dah banyak perlawanan? Sama-samalah kita tunggu pertunjukkan dari mereka.
.

Friday, August 25, 2017

Baru selesai pengundian peringkat kumpulan bagi UEFA Champion League bagi musim 2017/2018.
.
Kumpulan yang boleh diketegorikan sebagai Kumpulan Maut adalah Group C yang menampilkan Chelsea, Atletico Madrid, Roma dan pendatang baru UCL dari Azerbaijan, Qarabag.
.
Group H juga antara group maut kerana Real Madrid bakal bersaing dengan Borussia Dortmund, Totenham Hotspurs dan APOEL.
.
Senarai penuh Undian UCL 2017/2018.

.
United diundi dalam Group A. Turut berada dalam Group A adalah Benfica, FC Basel dan CSKA Moscow.
.
.
Nampaknya, misi Mourinho untuk memenangi Champion League bersama United akan dimulakan dengan langkah kanan.
.
Kumpulan yang boleh dikatakan agak mudah.
.
Perlawanan Pertama peringkat kumpulan akan diadakan pada 12 dan 13 September 2017
.

Thursday, August 24, 2017

Laman rasmi Manchester United hari ini mengesahkan bahawa Ibrahimovic telah bersetuju untuk menyambung kontrak bersama United.
.

Seperti khabar angin sebelum ini, Ibra akan menyarung jersi no.10. Jersi lama Rooney.
.
Ini kerana jersi no 9 yang sebelum ini dipakai oleh Ibra telah diberi kepada Lukaku. Penyerang baru United.
.
Nampaknya Mourinho memang serius untuk mengukuhkan bahagian serangan United musim ini.
.
Lukaku + Ibra + Rashford + Martial + Mikhitaryan + Pogba = kebabomlah bahagian depan United musim ini.
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget