Sunday, August 4, 2013

Assalamualaikum WBT.


Sememangnya perniagaan itu adalah 9/10 dari sumber pendapatan di dunia ini. Nabi kita, Nabi Muhammad SAW juga merupakan seorang peniaga/usahawan. Ini menjadikan berniaga dan bidang keusahawanan adalah salah satu dari Sunnah Rasullullah SAW.

Jadi, kita sebagai ummatnya perlu berusaha untuk menjunjung Sunnah ini dan peluang permulaan yang terbaik adalah di Konvensyen Usahawan Muslim - Bisnes Sebagai Fardhu Kifayah. Inilah tapak permulaan yang dicari-cari selama ini.

Para speaker yang berpengalaman dan merupakan antara individu yang telah berjaya dengan cemerlang dalam perniagaan yang mereka ceburi. Nama mereka terkenal di seluruh negara kerana kejayaan mereka.

Kejayaan mereka telah terbukti dan inilah yang paling penting. Mereka berbicara berdasarkan pengalaman dan ilmu mereka. Bukan sekadar omong kosong sahaja.


6 orang speaker yang terlibat dalam konvensyen ini adalah:
1. Ustaz Pahrol Mohamad Juoi - Penceramah Bebas
2. Datuk Nadzim Johan - Pengasas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
3. Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin. - Pengarah Urusan Mydin Holdings Sdn Bhd
4. Tuan Haji Ali Hassan Mohammad Hassan - Pengarah Urusan Al-Ikhsan Sport Sdn Bhd
5. Dato’ Sri Syed Zainal Abidin - Pengerusi Minsyam Sdn Bhd.
6. Dato’Dr Rusly Abdullah (Chef Li) - Mentor Jutawan Senyap

Lihat senarai nama speaker di atas, dan inilah masanya kita mengorak langkah untuk mengambil sedikit ilmu dari mereka berenam. Kejayaan mereka bukan kepalang dan tiada apa dapat disangkal lagi. Dan yang paling penting, mereka inilah antara ikon dalam dunia Usahawan Muslim.

Aturcara bagi konvensyen ini juga sangat padat dan pastinya masa yang berlalu akan dirasai begitu pantas. Rujuk gambar di bawah untuk tentatif Konvensyen Usahawan Muslim atau klik sahaja link di sebelah.


Informasi lain berkaitan konvensyen ini adalah ia akan dilangsungkan di:

Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Rujukan Lokasi: Klik Sini

Pada: 7 September 2013.

Jom sama-sama kita ramai-ramai hadir ke Konvensyen Usahawan Muslim - Bisnes Sebagai Fardhu Kifayah ini bagi menimba ilmu dan yang paling penting boleh membuat "Networking". Boleh berkenalan dengan lebih ramai usahawan Muslim di Malaysia ini.

Untuk menyertai Konvensyen Usahawan Muslim - Bisnes Sebagai Fardhu Kifayah ini, terus ke http://www.konvensyenusahawanmuslim.com/ untuk tempahan dan maklumat lanjut. Boleh bawa rakan, pekerja anda atau adik beradik ke konvensyen ini kerana ada harga istimewa jika daftar secara kumpulan.

Sekian.

Saturday, August 3, 2013

Salam Sukan,

Hari ini nak kongsikan keputusan Perlawanan pasukan yang bakal menentang dan bermain dengan pasukan kebangsaan kita iaitu pasukan FC Barcelona. Pasukan terbaik dunia setakat ini.

Kira bertuah jugakla peminat bola sepak Malaysia ini kerana bakal menyaksikan pemain-pemain terbaik dunia datang bermain di Malaysia. Bukan senang pasukan kuat seperti Barcelona nak datang ke negara kita nie. Pasti banyak penganjur kena bayarkan?

Tapi itu urusan penganjurla. Tapi yang dirisaukan adalah, berapa besar jaringan yang bakal Barcelona cipta dan berapa banyak gawang Malaysia akan dibolosi?


Kalau bernasib baik pun, Messi, Neymar, Xavi, Iniesta dan Fabregas yang ura-ura akan ke Man United akan main-main jer untuk elakkan jaringan terlalu besar. Kalau mereka bermain bersungguh-sungguh rasanya setakat belasan jaringan tu tak mustahil.

Silap-silap boleh cecah puluhan gol. Sedangkan kelab Brazil yang kuat seperti Santos FC iaitu bekas kelab Neymar pun mereka belasah dengan jaringan 8:0. Inikan pasukan kebangsaan kita yang kita tahu tahapnya yang baru kalah dengan kelab divisen 2 Jepun pun kita kalah dengan jaringan agak besar iaitu 5:0.

Tak dapat bayangkan jumlah jaringan kelab nombor 1 dunia, Barcelona akan jaringkan di Stadium Bukit Jalil nanti. Sama-sama kita harap pemain Malaysia tak pemurah sangat bagi gol mudah kat Barcelona nanti yer. Kalau nak jadi pemurah baik buat cara lain, bolehla dapat jadi pemain bola pemurah.


Tapi kalau banyak gol, peminat Barcelona pasti sangat gembira sebab satu kepuasan tonton perlawanan bola di stadium adalah saat jaringan gol. Memang meriah dan kepuasan amat dirasai.


Diharapkan Pemain kebangsaan kita mampu menangkis serangan dari pasukan Barcelona. Janganla bagi Barcelona jaringkan banyak-banyak gol yer. Peluang ini perlu diambil untuk pasukan terus belajar dari pasukan utama dunia.

Tapi janganla asyik belajar jer yer. Kenala implementasikan apa yang dipelajari dalam meningkatkan permainan pasukan kita dan liga kita.

Sekian,
Majulah Sukan Bola Sepak Untuk Negara Kita.

P/s: Sedekah dan Pemurah di Bulan Ramadhan.

Friday, August 2, 2013

Salam Ramadhan Semua,

Hari ini takde entry nak buat jadi nak share kepada kawan-kawan blogger seorang pemuda yang juga blogger yang dah lama saya follow perkembangannya secara tidak langsung.

Sumber Gambar: http://www.aqifazizan.com/blog

Pemuda yang dimaksudkan adalah saudara Aqif Azizan. Beliau aktif dalam bidang penulisan yang membantu meningkatkan keyakinan diri pembaca dan juga membantu pembaca tentang teknik ayat jualan yang berkesan dan power bagi meningkatkan jualan produk mahupun servis usahawan.

Jika anda ingin baca hasil tulisan beliau, boleh ke blog beliau di http://www.aqifazizan.com/blog. Banyak perkongsian yang boleh kita jadikan sumber rujukan. Rujukan kita dalam mencipta penulisan di blog kita yang sentiasa kita update agar menjadikan blog kita meningkat ketahap yang lebih baik dari segi gaya penulisan dan penggunaan bahasa.

Seperti biasa, saudara Aqif Azizan juga seorang yang aktif dalam dunia Facebook dan boleh like page beliau di sini https://www.facebook.com/aqifazizandotcom. Di sini juga banyak maklumat dan ilmu yang saudara Aqif Azizan kongsikan secara percuma sahaja tanpa dikenakan sebarabg bayaran.

Selain dari blog dan Facebook, saudara Aqif Azizan adalah pemilik dan juga penulis di syarikatnya iaitu syarikat Write ToWealth yang aktif menerbitkan buku dan ebook yang berkonsepkan penulisan dan jualan.

Kepada anda yang berminat untuk menceburi bidang penulisan secara serius, bolehla layari http://writetowealth.my/. Antara buku terbaru yang diterbitkan dan ditulis oleh saudara Aqif Azizan adalah ebook Formula 7 Hari Siapkan Ebook. Ebook ini memberi panduan untuk penulis baru menyiapkan eboo dalam masa 7 hari sahaja.


Memang menarik ebook ini untuk dibaca. Ringkas dan padat isi kandungannya. Sesuai untuk bacaan santai. Anda.

Sekian..

Thursday, August 1, 2013

Salam 1Malaysia,

Dah lama aktif dalam blogging nie sebenarnya. Tapi pendapatan takdela dapat sampai 4 angka macam blogger-blogger lain. Pendapatan dari blogging nie cukup sekadar suka-suka jerla.

Kalau nak kata pendapatan dari Nuffnang tu, memang dah lama tak meningkat dah. Dah hampir setahun, nilainya sama jer. Naik pun seringgit dua jer sebab memang dah lama tak dapat BE.

Lagi satu sebab dah lama tak berblogging secara serius. Dah lama tak post di blog. Pendapatan dengan blogging pun dah ke laut Merah. Bukan Laut China Selatan. Laut Merah terus.

Tapi disebabkan Ramadhan nie, mood berblogging dah datang balik, tapi tak taula berapa lama mood ini akan ada. Mungkin lepas nie kalau kerja offline terlalu banyak, memang tak sempatla nak update blog-blog yang ada.

Hasil dari berblogging nie untuk bulan Julai nie datang dari pengiklan yang letak banner diblog dan memang dah lama letak iklan di blog. Jadi pendapatannya tu maintainla.

Sumber Pendapatan Blog Bulan Julai 2013:

Pengiklanan di blog (Pengiklan Direct): RM150.00

Affiliate Marketing: RM0.00

Pay Per Click (Nuffnang & Etc): RM0.00

Lain-lain: RM0.00

Jumlah: RM150.00

Jadila dapatla duit untuk beli baju raya sehelai.



Salam 1Malaysia,

Hari ini blog Razis ingin melancarkan 1 peraduan/Giveaway kepada para rakan blogger yang ingin menjana pendapatan sampingan daripada berblogging. Peraduan/Giveaway yang tak seberapa ini bertujuan memeriahkan lagi industri blogging yang dilihat semakin suram akibat kewujudan laman Facebook.


Tak dapat dinafikan, laman Facebook telah menjadi pilihan ramai termasuk saya juga kerana mudah, ringkas dan ada bermacam-macam aplikasi yang boleh digunakan. Tak kirala untuk kegunaan persendirian mahupun perniagaan.

Baiklah, berbalik kepada peraduan/Giveaway yang terbaru ini. Blog Razis mencari Top Referrer ke blog ini dan pemenang dikira berdasarkan statistik dari Google Analytics.

Cara menyertai Peraduan/Giveaway ini sangat mudah, hanya perlu bawa trafik kepada blog Razis ini melalui blog anda. Tak kirala anda nak buat entry ataupun tidak, tiada paksaan. Cuma anda perlu membawa masuk trafik ke Blog Razis ini sebanyak mungkin bagi memastikan anda adalah pemenangnya.

Referrer tertinggi akan mendapat hadiah wang Tunai RM50.00 tajaan ISDA Creative. Hadiah ini agak rendah kerana kita dalam proses percubaan. Jika mendapat sambutan tinggi, kita akan naikkan nilai hadiah.

Jadi, sesiapa sahaja pemilik blog bolehla menyertai peraduan/Giveaway ini.

Peraduan/Giveaway akan dimulakan hari ini dan Pemenang akan diumumkan pada 7 Ogos 2013.

Jadi, para rakan blogger, bolehla mula mempromosikan Blog Razis yang tak seberapa nie yer untuk menambah duit raya RM50 ke dalam poket anda. Boleh beli baju raya tambahan atau kuih raya dengan RM50 tu.

P/S: Jika peraduan ini mendapat sambutan ramai, kita akan teruskan setiap bulan.

Iklan:
Pakej Lengkap Majlis Perkahwinan - ISDA Catering
Salam 1Malaysia,



10 Ranking Top Blogger Malaysia Julai 2013 ini diambil berdasarkan Alexa Rank - Malaysia bertarikh 31 Julai 2013.

1. BeautifulNara.com - #71
2. Paultan.org - #91
3. Blogserius.blogspot.com - #129
4. Penpatah.blogspot.com - #134
5. Rotikaya.com - #153
6. Denaihati.com - #157
7. Amanz.my - #161
8. Ohbulan.com - #179
9. Myartisfull.blogspot.com - #183
10. Hasrulhassan.com - #217

Melihat kepada senarai 10 Top Blogger bulan Julai 2013 di atas, banyak kejutan yang aku terima. Sejak aktif semula berblogging bulan ini dan setelah hampir 6 bulan tak aktif berblogging, memang senarai 10 Top Blogger di atas memberi kejutan pada aku.

Nampaknya banyak blog berunsurkan hiburan mengunguli carta 10 Teratas Top Blogger Julai 2013. Bulan Ogos nanti sama-sama kita tunggu dan lihat yer.

Tapi mungkin senarai bulan Ogos akan keluar agak lewat sedikit kerana hujung bulan Ogos nanti memang agak sibuk menguruskan hal perniagaan.

Diharap senarai ini mampu memberi kita motivasi dan inspirasi untuk terus berblogging.

Sekian.

Wednesday, July 31, 2013

Salam 1Malaysia,


Apa tajuk paling mantap nak tulis Posting Blog yer? Nak tajuk yang membunuh a.k.a killer dan mampu menarik ribuan pembaca.

Inilah persoalan yang sentiasa dialami oleh para blogger baru. Blogger otai dan tak perlu risau pasal tajuk dah kerana mereka sudah ada pengikut setia mereka. Tak kiralah tajuk apapun yang mereka tulis, pasti pembaca setia akan kunjung datang.

Mengikut pemerhatian aku, tajuk yang sentiasa menjadi tarikan pembaca adalah sesuatu yang berunsur kewangan. Iaitu Cara Membuat Duit dengan dot dot dot. Tak kisahla cara membuat duit dengan blog ke, dengan Facebook ke, dengan Twitter ke, malah apa saja yang bermula dengan Buat Duit pasti orang akan tertarik untuk membacanya. Contoh yang ada dalam blog Razis ini adalah seperti entry Jom Buat Duit: Income Churp Churp Dah Boleh di Cashoutkan

Ini kerana, ramai antara kita sentiasa cuba mencari cara untuk menambah duit poket mereka. Tak kirala anda pelajar sekolah, pelajar universiti, pekerja kilang, pekerja bank, mahupun pekerja bergaji ribuan ringgit pun akan mencari sumber pendapatan sampingan bagi menampung perbelanjaan kehidupan dan semakin meningkat di KL ini.

Jadi, anda kaji dan buatlah entry/posting yang memberi informasi kepada pembaca blog untuk mencari duit sampingan. Macam-macam cara buat duit ada di internet ini. Kalau anda nak tahu lebih banyak rujukan di internet untuk Cara Buat Duit, boleh rujuk di sini.

Kalau anda kurang yakin dan kurang pengalaman dalam membuat duit di internet, apa kata anda cari ebook cara membuat duit di internet, kemudian anda review ebook itu di blog anda menggunakan gaya penulisan anda. Contohnya ebook Cara Buat Duit Dengan Affiliate ini. Atau ebook Buat Duit Dengan Google Adsense ini. Anda review dan anda akan dapat hasilnya.

Selain dari menarik ramai pembaca, anda juga akan dapat komisen jika ada pembeli ebook tersebut melalui review anda itu.

Senang bukan? Sambil menyelam, kita minum air. Itulah pepatah Melayu yang menggambarkan kita buat 2 kerja dalam 1 masa secara tak langsung.

Sekian, Selamat Mencuba.
Salam Ramadhan,

Proton meneruskan langkah melancarkan dan mengeluarkan model terbaru di pasaran bagi mendapatkan semula tahta pengeluar kereta nombor 1 Malaysiayang setakat ini dipegang oleh Perodua.

Selepas melancarkan model SAGA SV a.k.a SAGA Super Value yang sangat berbaloi harganya, Proton bakal keluar dengan model terbarunya tak lama lagi iaitu Proton Preve versi Hatchback.

Model yang dijangka akan memasuki pasaran dalam masa terdekat ini dan sama-sama kita tunggu dan lihat model terbaru Proton ini.

Kalau diikutkan Gambar Proton Preve Hatchback yang dikongsi oleh Blog otai pasal Kereta iaitu paultan.org dan Facebook, kereta ini agak menarik reka bentuknya.

Tapi kenala tunggu reaksi orang ramai setelah model ini dilancarkan.

Di sini ada 2 GAMBAR PROTON BARU, PROTON PREVE HATCHBACK. Berwarna Biru dan Putih.

Gambar Sisi Proton Preve Hatchback
Gambar Proton Preve Hatchback berwarna Putih ini memang confirm akan ada sebab gambar ini kalau dilihat dari keadaan sekelilingnya di ambil dalam kawasan Proton Shah Alam. Memang sah ini adalah Proton Preve Hatchback terbaru akan keluar.

Gambar Proton Preve Hatchback
Sumber Gambar: Facebook.com dan Paultan.org

Monday, July 22, 2013

Salam 1Malaysia,

Siapa yang taknak menjadi blogger popularkan? Banyak kelebihannya kalau menjadi blogger popular nie. Antaranya anda boleh menjana pendapatan yang banyak melalui blog anda.

Sumber Gambar: http://www.imore.com/tipbs-top-blogger

2 Cara yang akan dikongsikan ini sangat mudah, tapi tak berapa mudah sangatla. Komitmen tinggi diperlukan untuk mencapai cara ini.

Cara pertama untuk menjadikan blog anda popular ialah anda perlu menjadi selebriti. Kalau tak percaya, cuba anda ambil contoh blog abg Zarul Umbrella dan blog Hanis Zalikha. Mereka berdua ini antara selebriti yang berblogging. Cuba anda lihat blog mereka, popular ke tak?

Mestila popular dan ramai pengikut setiakan? Jadi, mudah tak cara ini? Mudahkan? Jadi selebriti, tak kira selebriti dalam bidang lakonan ke, nyanyian ke, pengacaraan atau jadi Ustaz Selebriti. Boleh jugak macam tu. Tak semestinya jadi artis jer.

Cara kedua adalah berkawan dengan ramai selebriti. Macam mana berkawan dengan selebriti boleh mempopularkan blog anda? Caranya adalah anda bergambar banyak-banyak dengan kawan selebriti anda tersebut, kemudian post di blog anda. Mesti blog anda akan jadi popular sepopular kawan selebriti anda tu.

Lagi-lagi kalau anda bercerita gosip rakan selebriti anda tu. Kan kita orang Malaysia nie suka cerita gosip artis dan selebriti. Jadi, cara ini sangat berkesan mempopularkan blog anda.

Kita lihat saja populariti blog BeautifulNara dan blog Ohmedia yang bercerita tentang artis. Popularkan blog mereka?

Itu dia 2 cara mudah untuk popularkan blog anda. Tetapi 2 cara ini hanya sesuai untuk sesetengah blogger sahaja. Kalau anda cenderung kepada cara lain, itu adalah hak anda.

Sekian.

Salam 1Malaysia,

Anda semakin buntu untuk menambah pendapatan sampingan kerana kos kehidupan semakin meningkat?

Anda buntu nak tambah pendapatan tetapi banyak peluang perlukan anda untuk menjual. Buat dan sertai kumpulan MLM yang memerlukan komitmen masa dan modal.

Jadi, apa kata anda cuba dengan menjadi seseorang yang menjana pendapatan tambahan dengan menjadi penulis.

Menjadi penulis tidak sesukar menjadi jurujual kerana sejak di bangku sekolah kita telah diajar menulis karangan. Jadi, apa yang kita perlukan adalah menambah ilmu agar bidang penulisan mampu menjana pendapatan sampingan.

Berikut merupakan antara cara yang boleh anda pilih untuk menulis dan menjana pendapatan tambahan.

1. Menulis blog.
Menulis blog adalah cara terbaik untuk melatih diri menulis dan menerbitkan tulisan kita untuk bacaan umum.

Dengan tulisan di blog, kita boleh mendapatkan feedback dari pembaca seterusnya meningkatkan mutu dan kualiti tulisan kita.

Inilah cara terbaik yang menjadi pilihan ramai untuk memulakan kerjaya sebagai penulis.

Sumber rujukan untuk Buat Duit Dengan Menulis Blog

2. Menulis novel.
Novel tak semestinya bercetak. Anda boleh terbit dan kongsikan novel karya anda melalui blog atau ebook. Ini dapat menjimatkan kos pengeluaran anda dan pastinya melatih tulisan anda sebelum diterbitkan dalam sebuah naskhah.

Bukti menulis novel memang boleh menjana pendapatan sudah terlalu banyak. Contohnya saudara Ahadiat Akasha dengan novel popular Lagenda Budak Setan yang sangat terkenal seterusnya di adaptasi dalam filem. Fauziah Ashaari yang menaikkan fenomena adaptasi novel ke filem dan drama menerusi novelnya Ombak Rindu.

Paling terkini adalah drama Ariana Rose yang baru sahaja tamat siarannya di TV3. Sudah banyak novel di adaptasikan dan ini membuktikan menulis novel berpotensi besar dan boleh menjadikan kita bebas kewangan. Bukan sekadar pendapatan tambahan.

Rujuk sini untuk Menjana Pendapatan dengan Menulis Novel

3. Menulis Surat Jualan.
Menulis surat jualan memerlukan kita berkemahiran mengarang dan menulis ayat yang mampu menjual. Jika kita berkemahiran dalam bidang ini, kita akan menjadi buruan ramai Internet Marketer (IM) yang memang senantiasa mencari mereka yang berbakat dalam bidang penulisan Surat Jualan.

Kebiasaannya surat jualan ini akan digunakan dalam pemasaran email atau website mahupun minisite jualan.

Untuk bidang menulis Surat Jualan ini kena rujuk mereka yang pakar dan kita boleh rujuk di Panduan Penulisan

4. Menulis Artikal dan Jual.
Menulis artikal dan menjualnya tidak sesusah menulis surat jualan mahupun menulis novel.

Jika tulisan bermutu memang ramailah yang akan berminat dengan karya tulisan anda. Kita boleh menjual karya artikal kita kepada blog, akhbar mahupun majalah-majalah.

Begitulah 4 perkongsian yang boleh membantu kita menambah pendapatan sampingan dengan penulisan dan menulis. Memang telah lama terbukti dengan menjadi penulis kita akan menambah pendapatan.

Tetapi sebelum terjun kebidang penulisan ini, lengkapkan diri dengan ilmu yang berkaitan dan untuk permulaan, bolehla dapatkan ebook terbitan dan keluaran yang ditulis oleh Tn Aqif Azizan.

Saturday, July 20, 2013

Salam 1Malaysia,

Merancang majlis perkahwinan memang rumit. Lebih-lebih lagi kalau anda atau keluarga anda tiada pengalaman. Maklumlah, anak sulung. Semestinya tiada pengalaman mengurus dan merancang majlis perkahwinan.

Sebenarnya tak rumit nak merancang majlis perkahwinan kalau anda ada duit yang cukup. Nak senang, upah jer Wedding Planner. Atau ambil pakej yang terus ada khidmat Wedding Planner.

Sumber Gambar: www.isdacatering.com

Segala perancangan Wedding Planner akan selesaikan. Tapi, walau dah upah Wedding Planner, anda perlu tahu sedikit sebanyak untuk mengelakkan anda ditipu atau tertipu.

Jika anda nak merancang perkahwinan anda sendiri adalah lebih baik anda sediakan Checklist/senarai semak keperluan majlis perkahwinan anda sendiri. Checklist ini untuk pastikan anda tidak tertinggal perkara yang penting.

Mulakan Checklist dengan membahagi kepada 2 kategori. PENTING dan KURANG PENTING. Perkara penting ini maksudnya perkara yang perlu ada untuk memastikan majlis berjalan lancar. Kalau tak ada perkara penting ini, majlis anda akan kelihatan cacat.

Manakala perkara kurang penting ini, jika tak ada dalam majlis anda pun ia takkan menjejaskan perjalanan majlis perkahwinan anda nanti.

Sumber Gambar: ISDA Catering & Wedding Planner


Perkara yang terletak dalam kategori PENTING adalah seperti:
1. Makanan (Katering atau Rewang)
2. Andaman (Persalinan dan Pelamin) - (Kurang penting jika anda lebih kepada Islamik)
3. Dewan (Beserta Kelengkapan Dewannya) atau Kanopi (Untuk Majlis di rumah atau taman)
4. Kad Jemputan
5. Door Gift
6. Lokasi Majlis (Dewan atau Di Rumah)

5 Perkara ini antara item yang PENTING bagi memastikan kelancaran majlis anda. Anda perlu tekankan lebih kepada 5 perkara PENTING di atas. Tak kirala berapa pun bajet anda itu tidak penting. Tak semestinya anda perlu membazir untuk melancarkan majlis anda. Yang penting semua yang PENTING ada.

Perkara yang terletak dalam kategori KURANG PENTING adalah:
1. Sistem Audio (PA Sistem)
2. Persembahan (Kompang, Silat, Tarian atau Gamelan mahupun Live Band)
3. Candy Buffet
4. Photo Booth
5. Bertukar-tukar persalinan
6. Photografi
7. Ustaz Pembaca Doa

Sumber: Pasukan Kompang ISDA Creative

7 Perkara ini adalah KURANG PENTING, tetapi ia bergantung kepada individu dan bergantung pada BAJET individu juga.

Sekarang kita pergi kepada perkara TERPENTING semasa majlis anda berlangsung, iaitu penyusunan aturcara majlis. Walau sebajet mana sekalipun anda, pasti anda inginkan kelancaran di majlis anda nantikan? Anda pasti inginkan majlis anda berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Untuk pastikan kelancaran majlis persandingan anda, rancang aturcara sebaik mungkin. Sediakan seorang ketua di majlis anda nanti yang akan bertindak sebagai Floor Manager. Beliau akan berhubung dengan semua yang terlibat agar majlis anda lancar dan teratur.

Sebelum majlis tersebut, pastikan anda rancang aktiviti di majlis perkahwinan anda dengan terancang. Seperti contoh di bawah:

Jam 1.30 petang - Sanding

Jam 1.35 petang - Bacaan Doa

Jam 1.40 petang - Acara Merenjis

Jam 2.00 petang - Majlis Makan Beradab

Jam 2.30 petang - Majlis Memotong kek/pulut kuning (Jika Ada)

dan seterusnya.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang KOORDINASI ATURCARA MAJLIS PERKAHWINAN ini, boleh hubungi ISDA Catering & Wedding Planner. Kepakaran mereka adalah pakej lengkap perkahwinan berserta khidmat mengkordinasikan aturcara majlis perkahwinan

Iklan:
Jika inginkan Pakej Katering atau Pakej Perkahwinan yang disediakan sekali khidmat koordinasi aturcara majlis, klik ke sini "Pakej Perkahwinan - Percuma Khidmat Koordinasi Aturcara Majlis"

Untuk dapatkan lebih banyak tips, boleh juga layari Blog Tips Perkahwinan

Friday, July 19, 2013

Salam Jumaat Semua,

Seperti biasa hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dan pada hari ini umat Islam lelaki diwajibkan menunaikan solat Jumaat berjamaah di masjid-masjid.

Situasi yang selalu kita lihat ketika di masjid-masjid adalah kewujudan pelbagai tabung meminta sumbangan ikhlas para jemaah yang datang. Tapi berdasarkan pemerhatian saya setiap tabung pasti tak penuh dan ada yang sedikit sahaja di dalamnya.

Mungkin kerana kesedaran bersedekah masih kurang dalam masyarakat kita. Wang yang disedekahkan itu sangat diperlukan oleh masjid untuk melakukan aktiviti mengimarahkan masjid. Jika kita menyumbang walaupun RM1.00, pasti nilai balasan Allah SWT berkali ganda. Seperti mana yang memang telah Alah SWT janjikan.

Apa yang dilihat, masjid kita mewah hasil dari sumber yang kerajaan beri, macam mana agaknya kalau sesuatu terjadi dan kerajaan mengurangkan pemberian bajet kepada masjid? Apakah akan berlaku pada masjid-masjid kita?

Macam mana nak bayar bil air dan bil elektrik? Macam mana nak bayar gaji Imam, Bilal, siak dan lain-lain?

Inilah gunanya duit sumbangan tabung Jumaat pemberian kita. Cuba bayangkan setiap minggu setiap jemaah menyumbang RM1.00. Jika ada 500 jemaah, nilainya sudah RM500.00. Jadi, sebulan akan boleh mengumpul Rm2000.00. Ini berdasarkan minima RM1.00. Kalau lebih ramai usahawan yang dermawan, pastinya berlipat kali ganda nilai kutipannya.

Masjid pun boleh melakukan pelbagai aktiviti terutamanya di bulan Ramadhan yang berkat ini. Setiap aktiviti perlukan sokongan kewangan, jadi sedikit sumbangan kita itu Insha Allah akan membantu melancarkan segala aktiviti yang dirancang.

Jadi, sama-samalah kita menyumbang kepada masjid untuk memeriahkan lagi masjid di kawasan kita dan menyuburkan pendapatan kita. Mulakanlah dengan serendah nilai RM1.00. Lama kelamaan pasti akan bertambah nilai pemberian anda. Tapi yang penting pastikan anda konsisten setiap minggu.

Umpamakanlah ia sebagai tabungan anda. Hasilnya kita takkan kutip di dunia, tetapi Insha Allah di akhirat nanti.

Sekian. Wassalam

Wednesday, July 17, 2013

Salam Sukan,

Berita terhangat dan paling hangat minggu ini adalah keinginan Rooney untuk berhijrah dan Man United setelah dikhabarkan tidak sebulu dengan Pengurus baru David Moyes.

Rooney dikhabarkan tak berpuas hati dengan situasi dirinya di Man United yang dianggap sebagai penyerang kedua dibelakang RVP.


Dan Chelsea mengambil langkah permulaan dengan membida Rooney dengan jumlah bidaan yang tidak diketahui. Dikhabarkan ada pertukaran pemain dalam tawaran tersebut.

Tetapi Man United tetap enggan menjual Rooney dan memberitahu Chelsea supaya menyediakan sebanyak £80m jika inginkan Rooney. Nilai yang sama dengan Ronaldo ketika dijual ke Real Madrid dan sama nilai dengan pemain burunan ramai Gareth Bale.

Berapa pun nilainya, diakhirnya pasti akan termaktub. Samaada Rooney bakal dijual ataupun kekal bersama Man United. Sama-sama tunggu dan lihat.

Bagi peminat Man United pastinya berharap Rooney tidak akan dijual, dan jika dijual pun diharap penggantinya bakal setanding atau lebih bagus dari Rooney.

Sekian

Sumber: Wayne Rooney Transfer

Tuesday, July 16, 2013

Salam 1Malaysia,

Persoalan yang ditunggu-tunggu oleh peminat Man United sendiri dan juga peminat BPL umumnya. Jika perpindahan Fabregas ke Man United menjadi kenyataan, ia akan menjadi perpindahan sensasi pertama di bawah pengurus baru David Moyes.

Sumber Gambar: The Sun UK

Pastinya para peminat Man United tak sabar menunggu perkembangan perpindahan ini. Dengan nilai tawaran sebanyak £26million, pastinya sukar untuk mendapatkan pemain seperti Fabregas, tetapi dikhabarkan Fabregas ingin berpindah dari Barcelona untuk lebih kerap bermain untuk pastikan tempatnya di Piala Dunia Brazil 2014 terjamin.

Itupun jika Barcelona bersetuju menjual Fabregas kepada Man United. Setakat ini Fabregas tidak berada dalam senarai pemain tengah pilihan Tito Vilanova dan kemungkinan untuk Fabregas dijual juga sangan tinggi.

Walau apa sekalipun, sebagai peminat Man United, perpindahan Fabregas ini diharap akan menjadi kenyataan kerana setakat ini Man United memang kekurangan pemain tengah dan Fabregas adalah pemain yang sesuai untuk menguatkan bahagian itu.

Setelah kegagalan mendapatkan Thiago Alcantra yang telah berpindah ke Bayern Munich, diharap pembelian Fabregas ini sesuatu yang serius kerana pasukan lain giat menguatkan pasukan mereka untuk mencabar kejuaraan BPL dari Man United untuk musim akan datang ini.

Antara pemain sasaran Man United yang lain adalah Leighton Baines dan Marouane Fellaini, kedua-duanya dari Everton. Bekas kelab David Moyes.

Sumber: Berita Perpindahan Cesc Fabregas ke Manchester United - The Sun UK
Salam 1Malaysia,

Kehidupan di Universiti khususnya dan institut pengajian tinggi amnya memerlukan perbelanjaan yang tinggi berbanding zaman persekolahan.

Pelbagai perbelanjaan memerlukan wang tak kirala untuk pelajaran mahupun peribadi. Ditambah pula dengan kehidupan di bandar seperti Kuala Lumpur dan lain-lain bandar.

Kalau nak kerja part time di McDonald mahupun KFC, komitmen masa sangat diperlukan. Nak kerja lain memang agak susah kerana perlu bahagikan masa belajar dan bekerja. Silap-silap boleh kantoi belajar kalau fokus pada kerja.

Jadi, sebagai tugas mudah untuk mencari duit tambahan adalah dengan gunakan teknologi yang ada dan menggunakan jalan yang mudah tapi tak mudah sangatla. Cuma lebih mudah dengan adanya panduan seperti Mahasiswa Affiliate ini


Secara mudahnya, panduan Mahasiswa Affiliate ini akan membantu anda membuat duit dengan sistem affiliate yang sudah terbukti berjaya. Anda cuma perlu copy dan paste (ala, macam copy paste nak buat assignment) sahaja seperti cara panduan dalam Mahasiswa Affiliate ini.

Cerita banyak pun tak guna, apa kata anda klik banner kat atas tu, ataupun banner kat bawah nie untuk tahu lebih lanjut. Cerita panjang sangat kat sini nanti anda bosan pulak. Biar tuan punya panduan ini cerita lebih lanjut. Mesti anda akan percaya kalau dah tuan punya bercerita.


Harga pun tak mahal. Berbaloi untuk mulakan langkah sebagai peniaga yang menjana pendapatan melalui internet.

Wednesday, July 3, 2013

Assalamualaikum,

Bulan Ramadan akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Pastinya ramai sudah melakukan persiapan danri segi fizikal dan mental.

Persediaan kewangan pastinya paling utama kerana perbelanjaan akan meningkat dengan kehadiran bulan Syawal yang menjelang selepas itu.

Bagi yang bujang tu tak menjadi masalah sangat. Tetapi bagi yang sudah berkeluarga, wang yang mencukupi perlu ada untuk menyambut lebaran dan Syawal.

Ini menjadikan ramai peniaga dan usahawan bulan Ramadan. Mereka berniaga dan menjadi usahawan di bulan Ramadan sahaja demi menambah pendapatan untuk menyambut Syawal.

Seperti yang kita ketahui, Ramadan merupakan lubuk mencari rezeki bagi ramai peniaga dan usahawan selain dari lubuk untuk melipat gandaka  Pahala kita.

Antara perniagaan popular di bulan Ramadan adalah perniagaan di Bazaar Ramadan. Menjual makanan dan juadah untuk berbuka puasa. Ini antara perniagaan yang paling popular dan paling mendapat sambutan ramai di bulan Ramadan.

Perniagaan lain adalah meniaga di Bazaar Ramadan di Kompleks Perniagaan dengan menjual pakaian, kuih raya dan juga barang perhiasan rumah. Ini pun pasti mendapat sambutan ramai.

Bentuk perniagaan yang ketiga ini paling selesa dilakukan di Bulan Ramadan kerana tak penat dan boleh dilakukan di rumah sahaja. Ia adalah menjadi peniaga Bazaar Online. Anda boleh meniaga barang seperti Kelangkapan Rumah, Perhiasan Rumah, Aksesori Perhiasan Diri, Kuih Raya, Baju dan sebagainya yang berkaitan bulan Ramadan dan Hari Raya.

Selidik di internet produk yang berpotensi dijual di bulan Ramadan dan jadikan ia perniagaan anda untuk menambah pendapatan.

Walaupun banyak persaingan, anda perlu mencuba dan jika mahu lebih dari pesaing anda, maka anda perlulah lakukan kempen pemasaran luar biasa. Banyak medium pemasaran yang bokeh anda pilih. Medium berbayar sangat bersesuaian jika anda ingin lebih menonjol berbanding pesaing anda.

Sekian. Jadikan bulan Ramadan sebagai bulan pencetus perniagaan anda. Tetapi jangan lupa amal ibadat yang sangat berganda pahalanya.

Monday, June 24, 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dah lama tak menulis di ruangan blog menyebabkan kemahiran menulis hilang dan perlu banyak masa diambil untuk  menajamkan semula kemahiran menulis ini.

Berbalik kepada tajuk di atas, kewujudan Blog dan Facebook telah melahirkan ramai usahawan yang tidak disengajakan. Iaitu usahawan bidang terjun dan usahawan tak terancang. Ini kerana kos menjual di Blog dan Facebook amat murah kosnya dan hampir tidak ada kos jika menjual di Blog dan Facebook.

Berbanding jika ingin menjual di kedai, bazar mahupun stall. Kekangan ramai usahawan baru adalah modal permulaan.

Dengan menjual di blog dan facebook, masalah modal permulaan telahpun diatasi dengan mudah sekali. Dengan bermodalkan wang yang minima, anda sudah berjaya digelar usahawan online.

Namun begitu, permulaan membuka kedai online sahaja tidak mencukupi jika teknik menjual secara online tidak dikuasai. Ada beberapa teknik wajib diketahui untuk memastikan produk dan servis anda berjaya dijual.

1. Pastikan anda menyediakan maklumat yang serba lengkap tentang produk atau servis yang anda jual. Pelanggan akan membeli produk atau servis yang mereka yakin dan untuk meyakinkan pelanggan, maklumat terperinci perlu anda sediakan.

Jika perlu, ceritakan perihal produk atau servis anda dari A sehingga Z. Ini akan memberi keyakinan kepada pelanggan anda untuk membeli.

Ingat, keyakinan pelanggan akan mendorong kepada pembelian.

2. Pemasaran. Pastikan anda hebahkan produk dan Servis anda kepada ramai orang. Caranya adalah melalui pemasaran. Jika orang tak tahu kewujudan produk atau servis anda, macam mana mereka nak beli. Jadi, cipta pelan pemasaran sebaik mungkin.

Jangan lokek untuk keluarkan kos untuk melakukan pemasaran. Melalui pemasaranlah anda akan menarik duit masuk ke perniagaan anda. Tak kiralah berapa ramai pesaing sekalipun, jika anda menggunakan medium pemasaran yang betul dan terbaik, produk atau servis anda pasti berjaya terjual melebihi pesaing anda. Ini dinamakan persaingan secara sihat.

Pilih medium yang sesuai dan terbaik bergantung kepada produk atau servis yang anda jual. Pilihlah yang percuma mahupun berbayar. Yang penting ia mampu menjana pendapatan.

3. Berikan lebih banyak kelebihan jika membeli produk atau servis anda. Kita perlu memahami jiwa pembeli. Pembeli seperti kita juga mahukan kesenangan dan kelebihan yang banyak sebelum memilih produk atau servis yang hendak dibeli.

Jadi, cipta lebih banyak kelebihan untuk produk atau servis anda. Contohnya anda pakejkan produk atau servis anda dengan sesuatu yang berkaitan.

Dengan menjual secara pakej, pembeli akan mendapat lebih manfaat / kelebihan melalui satu pembelian. Ini faktor yang akan menarik pembeli.

Tapi diingatkan, jangan pakejkan dengan sesuatu yang tidak berkaitan langsung. Ia akan menggagalkan pakej yang anda buat tersebut.

Inilah antara 3 teknik menjual di blog dan facebook yang dapat dikongsikan secara amnya. Aplikasikan teknik asas ini, Insha Allah anda akan mendapat pelanggan.

Jika teknik ini bermanfaat, silalah kongsikan kepada mereka di luar sana. Ilmu tak seberapa ini jika kita kongsikan, besar manfaatnya.

Monday, June 10, 2013

Salam 1Malaysia,

Memang menjadi rutin sejak berniaga dan kerja sendiri ini, aku akan bercuti selepas selesai 1 tugasan yang mencabar dan memenatkan. Tujuannya adalah untuk menghargai diri dan orang-orang yang terlibat dalam kerja keras yang telah lalu.

Tahun ini misi untuk ke Universal Studio Singapura (USS) telah berjaya. Puas hati walaupun perjalanan yang singkat.

Kami tidur di Johor Baharu, kemudian awal pagi baru bergerak ke Singapura menaiki bas terus ke Pulau Sentosa, tempat terletaknya USS.Tambang bas cuma RM5 sahaja. Murah dan senang. Kalau anda merancang nak ke USS, baik anda ikut cara kami, naik bas jer.

Senang dan menjimatkan masa. Ditambah pula jika anda tak tahu jalan di sana. Memang haru biru dan pasti akan sesat. Jika sesat, rugi masa nanti.

Satu lagi tips bercuti ke Universal Studio Singapura (USS) adalah, kalau anda bercuti ketika waktu orang bekerja seperti hari Isnin hingga Jumaat, dinasihatkan keluar dari hotel dan mulakan perjalanan selepas orang masuk pejabat. Lebih kurang pukul 9 pagi bolehla kita mulakan perjalanan kerana jika tidak kita akan tersangkut dalam kesesakan orang nak bekerja di Singapura.

Pasal makan, jangan risau yer sebab dalam USS sendiri ada kedai makanan Halal. Sedap dan lazat lagi.

Berikut antara gambar yang sempat diambil sepanjang percutian 3 hari 2 malam kami.






Kawasan wajib ambil gambar. Mesti kena ada. Maklumla simbol kepada Universal Studio.







Antara ole-ole yang dibeli sebagai tanda kenangan melawat USS.



Sekian. Dalam USS taknak cerita sangat, korang pusing dan rondala sendiri yer.

P/S: Simpan duit nak jalan ke tempat lain pula lepas ini.

Thursday, May 2, 2013

Salam Bercuti,

Musim cuti persekolahan merupakan waktu untuk bercuti bagi kebanyakan keluarga. Bagi yang berbajet besar, mereka akan memilih luar negara sebagai destinasi percutian mereka. Manakala yang berbajet kecil atau sederhana, lokasi dalam negara sudah memadai.

Yang penting adalah masa dihabiskan bersama keluarga. Antara tempat dalam negara yg sentiasa menjadi pilihan adalah persisir pantai. Dan Port Dickson adalah antara tempat yg menjadi pilihan ramai untuk bercuti kerana terdapat banyak kemudahan hotel dan resort.

Antara hotel atau resort penginapan yang ada adalah Laguna Beach Resort.  Lokasi yg strategik dan bilik yang lain dari yg lain dan unik.

Lokasinya yang memang di tepi pantai memberi kelebihan kepada tetamu resort ini untuk melakukan aktiviti pantai di waktu siang mahupun malam seperti Barbeque, sukan pantai atau beriadah bersama keluarga di tepi pantai.

Di resort ini juga disediakan swimming pool bagi yang takut sun burn kulit mereka jika mandi di pantai. Untuk yang bawa anak kecil juga sesuai untuk hanya bermandi manda di kolam yang disediakan untuk kanak-kanak.

Jom kita tengok gambar sekitar Laguna Beach Resort, Port Dickson:

Boleh Main Bola Sepak Pantai


Reka Bentuk Bangunan yang menarik


Kolam Mandi Untuk Tetamu Resort

Lokasi Untuk Bersantai



Selamat Bercuti.

Wednesday, January 23, 2013

Salam Blogger,

Kalau ikutkan nak jana pendapatan di blog dan internet. Memang banyak caranya dan salah satu cara yang aku gunakan selama aktif berinternet ini adalah Churp Churp

.Adala dapat 3 - 4 cek dari Churp Churp sebelum nie. Sebelum ramai aktif dalam Churp Churp nie, banyakla aku dapat. Tapi bila dan ramai join Churp Churp, nak jana pendapatan memang agak susah sikit kerana kena bersaing dengan ramai lagi blogger dan lain-lain orang.


Tapi alhamdulillah jugakla dapat cecah nilai minima untuk Churp Churp nie walaupun pendapatannya tak seberapa.

Lepasla nak bagi hadiah kat rakan-rakan blogger nie. Nak meriahkan kembali dunia blogging.

Duit ini akan disalurkan kepada Peraduan Duit Tunai Untuk Blogger yang sedang dijalankan di Blog Myrazis.

Kawan-kawan bolehla join Churp Churp nie kalau nak jana pendapatan secara senyap sambil online dan bertwitter atau berFacebook. Kalau nak fokus memang takkan mampu nak tanggung perbelanjaan bulananla dengan Churp Churp nie. Kalau nak seronok-seronak, bolehla.

Boleh join dengan klik sini ===> JOIN CHURP CHURP

Tuesday, January 22, 2013

Salam 1Malaysia untuk semua,

Anda dah tahu ke berkenaan peraduan yang sedang berjalan di Blog Myrazis? Peraduan yang sangat mudah untuk join. Peraduan yang memberikan anda RM50 jika menjadi top referrer ke blog Myrazis.

Peraduan ini akan berjalan sepanjang tahun 2013 dan pemenang akan diumumkan setiap bulan. Ini bermakna, akan ada 12 pemenang sepanjang tahun 2013 ini.

Rugi kalau tak join. Senang jer nak menang tau. Sangat mudah. Refer trafik ke blog Myrazis jer.

Jom join dengan klik gambar kat bawah nie.


Tuesday, January 1, 2013

Salam 1Malaysia.

Hari ini nak kongsikan Cara Solat Dhuha, Doa Solat Dhuha sempena hari Jumaat yang berkat ini.

Semoga ia dapat dijadikan panduan dan amalan sepanjang kehidupan kita yang terlalu singkat ini.

Pengenalan Solat Dhuha:
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi, atau antara 7am - 1pm petang sebelum waktu zohor, “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sunat Dhuha :

1. Rakaat Pertama Lafaz Niat Solat Dhuha, "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
- Lafaznya: "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
- Baca Alfatihah hingga akhir
- Baca Surah, pendek pun takpa. (lebih Afdhal jika baca surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua
- Baca Alfatihah
- Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
- Ketika sujud rakaat terakhir, baca 3x:
- Tahiyyat akhir & Beri Salam..

3. Doa Solat Dhuha

Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Semoga perkongsian ini dapat dijadikan panduan kepada semua dan dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Sumber Entry: Lanun Sepet, Permai1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget