Monday, June 24, 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dah lama tak menulis di ruangan blog menyebabkan kemahiran menulis hilang dan perlu banyak masa diambil untuk  menajamkan semula kemahiran menulis ini.

Berbalik kepada tajuk di atas, kewujudan Blog dan Facebook telah melahirkan ramai usahawan yang tidak disengajakan. Iaitu usahawan bidang terjun dan usahawan tak terancang. Ini kerana kos menjual di Blog dan Facebook amat murah kosnya dan hampir tidak ada kos jika menjual di Blog dan Facebook.

Berbanding jika ingin menjual di kedai, bazar mahupun stall. Kekangan ramai usahawan baru adalah modal permulaan.

Dengan menjual di blog dan facebook, masalah modal permulaan telahpun diatasi dengan mudah sekali. Dengan bermodalkan wang yang minima, anda sudah berjaya digelar usahawan online.

Namun begitu, permulaan membuka kedai online sahaja tidak mencukupi jika teknik menjual secara online tidak dikuasai. Ada beberapa teknik wajib diketahui untuk memastikan produk dan servis anda berjaya dijual.

1. Pastikan anda menyediakan maklumat yang serba lengkap tentang produk atau servis yang anda jual. Pelanggan akan membeli produk atau servis yang mereka yakin dan untuk meyakinkan pelanggan, maklumat terperinci perlu anda sediakan.

Jika perlu, ceritakan perihal produk atau servis anda dari A sehingga Z. Ini akan memberi keyakinan kepada pelanggan anda untuk membeli.

Ingat, keyakinan pelanggan akan mendorong kepada pembelian.

2. Pemasaran. Pastikan anda hebahkan produk dan Servis anda kepada ramai orang. Caranya adalah melalui pemasaran. Jika orang tak tahu kewujudan produk atau servis anda, macam mana mereka nak beli. Jadi, cipta pelan pemasaran sebaik mungkin.

Jangan lokek untuk keluarkan kos untuk melakukan pemasaran. Melalui pemasaranlah anda akan menarik duit masuk ke perniagaan anda. Tak kiralah berapa ramai pesaing sekalipun, jika anda menggunakan medium pemasaran yang betul dan terbaik, produk atau servis anda pasti berjaya terjual melebihi pesaing anda. Ini dinamakan persaingan secara sihat.

Pilih medium yang sesuai dan terbaik bergantung kepada produk atau servis yang anda jual. Pilihlah yang percuma mahupun berbayar. Yang penting ia mampu menjana pendapatan.

3. Berikan lebih banyak kelebihan jika membeli produk atau servis anda. Kita perlu memahami jiwa pembeli. Pembeli seperti kita juga mahukan kesenangan dan kelebihan yang banyak sebelum memilih produk atau servis yang hendak dibeli.

Jadi, cipta lebih banyak kelebihan untuk produk atau servis anda. Contohnya anda pakejkan produk atau servis anda dengan sesuatu yang berkaitan.

Dengan menjual secara pakej, pembeli akan mendapat lebih manfaat / kelebihan melalui satu pembelian. Ini faktor yang akan menarik pembeli.

Tapi diingatkan, jangan pakejkan dengan sesuatu yang tidak berkaitan langsung. Ia akan menggagalkan pakej yang anda buat tersebut.

Inilah antara 3 teknik menjual di blog dan facebook yang dapat dikongsikan secara amnya. Aplikasikan teknik asas ini, Insha Allah anda akan mendapat pelanggan.

Jika teknik ini bermanfaat, silalah kongsikan kepada mereka di luar sana. Ilmu tak seberapa ini jika kita kongsikan, besar manfaatnya.

Tagged:

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget