Wednesday, July 31, 2013

Salam 1Malaysia,


Apa tajuk paling mantap nak tulis Posting Blog yer? Nak tajuk yang membunuh a.k.a killer dan mampu menarik ribuan pembaca.

Inilah persoalan yang sentiasa dialami oleh para blogger baru. Blogger otai dan tak perlu risau pasal tajuk dah kerana mereka sudah ada pengikut setia mereka. Tak kiralah tajuk apapun yang mereka tulis, pasti pembaca setia akan kunjung datang.

Mengikut pemerhatian aku, tajuk yang sentiasa menjadi tarikan pembaca adalah sesuatu yang berunsur kewangan. Iaitu Cara Membuat Duit dengan dot dot dot. Tak kisahla cara membuat duit dengan blog ke, dengan Facebook ke, dengan Twitter ke, malah apa saja yang bermula dengan Buat Duit pasti orang akan tertarik untuk membacanya. Contoh yang ada dalam blog Razis ini adalah seperti entry Jom Buat Duit: Income Churp Churp Dah Boleh di Cashoutkan

Ini kerana, ramai antara kita sentiasa cuba mencari cara untuk menambah duit poket mereka. Tak kirala anda pelajar sekolah, pelajar universiti, pekerja kilang, pekerja bank, mahupun pekerja bergaji ribuan ringgit pun akan mencari sumber pendapatan sampingan bagi menampung perbelanjaan kehidupan dan semakin meningkat di KL ini.

Jadi, anda kaji dan buatlah entry/posting yang memberi informasi kepada pembaca blog untuk mencari duit sampingan. Macam-macam cara buat duit ada di internet ini. Kalau anda nak tahu lebih banyak rujukan di internet untuk Cara Buat Duit, boleh rujuk di sini.

Kalau anda kurang yakin dan kurang pengalaman dalam membuat duit di internet, apa kata anda cari ebook cara membuat duit di internet, kemudian anda review ebook itu di blog anda menggunakan gaya penulisan anda. Contohnya ebook Cara Buat Duit Dengan Affiliate ini. Atau ebook Buat Duit Dengan Google Adsense ini. Anda review dan anda akan dapat hasilnya.

Selain dari menarik ramai pembaca, anda juga akan dapat komisen jika ada pembeli ebook tersebut melalui review anda itu.

Senang bukan? Sambil menyelam, kita minum air. Itulah pepatah Melayu yang menggambarkan kita buat 2 kerja dalam 1 masa secara tak langsung.

Sekian, Selamat Mencuba.
Salam Ramadhan,

Proton meneruskan langkah melancarkan dan mengeluarkan model terbaru di pasaran bagi mendapatkan semula tahta pengeluar kereta nombor 1 Malaysiayang setakat ini dipegang oleh Perodua.

Selepas melancarkan model SAGA SV a.k.a SAGA Super Value yang sangat berbaloi harganya, Proton bakal keluar dengan model terbarunya tak lama lagi iaitu Proton Preve versi Hatchback.

Model yang dijangka akan memasuki pasaran dalam masa terdekat ini dan sama-sama kita tunggu dan lihat model terbaru Proton ini.

Kalau diikutkan Gambar Proton Preve Hatchback yang dikongsi oleh Blog otai pasal Kereta iaitu paultan.org dan Facebook, kereta ini agak menarik reka bentuknya.

Tapi kenala tunggu reaksi orang ramai setelah model ini dilancarkan.

Di sini ada 2 GAMBAR PROTON BARU, PROTON PREVE HATCHBACK. Berwarna Biru dan Putih.

Gambar Sisi Proton Preve Hatchback
Gambar Proton Preve Hatchback berwarna Putih ini memang confirm akan ada sebab gambar ini kalau dilihat dari keadaan sekelilingnya di ambil dalam kawasan Proton Shah Alam. Memang sah ini adalah Proton Preve Hatchback terbaru akan keluar.

Gambar Proton Preve Hatchback
Sumber Gambar: Facebook.com dan Paultan.org

Monday, July 22, 2013

Salam 1Malaysia,

Siapa yang taknak menjadi blogger popularkan? Banyak kelebihannya kalau menjadi blogger popular nie. Antaranya anda boleh menjana pendapatan yang banyak melalui blog anda.

Sumber Gambar: http://www.imore.com/tipbs-top-blogger

2 Cara yang akan dikongsikan ini sangat mudah, tapi tak berapa mudah sangatla. Komitmen tinggi diperlukan untuk mencapai cara ini.

Cara pertama untuk menjadikan blog anda popular ialah anda perlu menjadi selebriti. Kalau tak percaya, cuba anda ambil contoh blog abg Zarul Umbrella dan blog Hanis Zalikha. Mereka berdua ini antara selebriti yang berblogging. Cuba anda lihat blog mereka, popular ke tak?

Mestila popular dan ramai pengikut setiakan? Jadi, mudah tak cara ini? Mudahkan? Jadi selebriti, tak kira selebriti dalam bidang lakonan ke, nyanyian ke, pengacaraan atau jadi Ustaz Selebriti. Boleh jugak macam tu. Tak semestinya jadi artis jer.

Cara kedua adalah berkawan dengan ramai selebriti. Macam mana berkawan dengan selebriti boleh mempopularkan blog anda? Caranya adalah anda bergambar banyak-banyak dengan kawan selebriti anda tersebut, kemudian post di blog anda. Mesti blog anda akan jadi popular sepopular kawan selebriti anda tu.

Lagi-lagi kalau anda bercerita gosip rakan selebriti anda tu. Kan kita orang Malaysia nie suka cerita gosip artis dan selebriti. Jadi, cara ini sangat berkesan mempopularkan blog anda.

Kita lihat saja populariti blog BeautifulNara dan blog Ohmedia yang bercerita tentang artis. Popularkan blog mereka?

Itu dia 2 cara mudah untuk popularkan blog anda. Tetapi 2 cara ini hanya sesuai untuk sesetengah blogger sahaja. Kalau anda cenderung kepada cara lain, itu adalah hak anda.

Sekian.

Salam 1Malaysia,

Anda semakin buntu untuk menambah pendapatan sampingan kerana kos kehidupan semakin meningkat?

Anda buntu nak tambah pendapatan tetapi banyak peluang perlukan anda untuk menjual. Buat dan sertai kumpulan MLM yang memerlukan komitmen masa dan modal.

Jadi, apa kata anda cuba dengan menjadi seseorang yang menjana pendapatan tambahan dengan menjadi penulis.

Menjadi penulis tidak sesukar menjadi jurujual kerana sejak di bangku sekolah kita telah diajar menulis karangan. Jadi, apa yang kita perlukan adalah menambah ilmu agar bidang penulisan mampu menjana pendapatan sampingan.

Berikut merupakan antara cara yang boleh anda pilih untuk menulis dan menjana pendapatan tambahan.

1. Menulis blog.
Menulis blog adalah cara terbaik untuk melatih diri menulis dan menerbitkan tulisan kita untuk bacaan umum.

Dengan tulisan di blog, kita boleh mendapatkan feedback dari pembaca seterusnya meningkatkan mutu dan kualiti tulisan kita.

Inilah cara terbaik yang menjadi pilihan ramai untuk memulakan kerjaya sebagai penulis.

Sumber rujukan untuk Buat Duit Dengan Menulis Blog

2. Menulis novel.
Novel tak semestinya bercetak. Anda boleh terbit dan kongsikan novel karya anda melalui blog atau ebook. Ini dapat menjimatkan kos pengeluaran anda dan pastinya melatih tulisan anda sebelum diterbitkan dalam sebuah naskhah.

Bukti menulis novel memang boleh menjana pendapatan sudah terlalu banyak. Contohnya saudara Ahadiat Akasha dengan novel popular Lagenda Budak Setan yang sangat terkenal seterusnya di adaptasi dalam filem. Fauziah Ashaari yang menaikkan fenomena adaptasi novel ke filem dan drama menerusi novelnya Ombak Rindu.

Paling terkini adalah drama Ariana Rose yang baru sahaja tamat siarannya di TV3. Sudah banyak novel di adaptasikan dan ini membuktikan menulis novel berpotensi besar dan boleh menjadikan kita bebas kewangan. Bukan sekadar pendapatan tambahan.

Rujuk sini untuk Menjana Pendapatan dengan Menulis Novel

3. Menulis Surat Jualan.
Menulis surat jualan memerlukan kita berkemahiran mengarang dan menulis ayat yang mampu menjual. Jika kita berkemahiran dalam bidang ini, kita akan menjadi buruan ramai Internet Marketer (IM) yang memang senantiasa mencari mereka yang berbakat dalam bidang penulisan Surat Jualan.

Kebiasaannya surat jualan ini akan digunakan dalam pemasaran email atau website mahupun minisite jualan.

Untuk bidang menulis Surat Jualan ini kena rujuk mereka yang pakar dan kita boleh rujuk di Panduan Penulisan

4. Menulis Artikal dan Jual.
Menulis artikal dan menjualnya tidak sesusah menulis surat jualan mahupun menulis novel.

Jika tulisan bermutu memang ramailah yang akan berminat dengan karya tulisan anda. Kita boleh menjual karya artikal kita kepada blog, akhbar mahupun majalah-majalah.

Begitulah 4 perkongsian yang boleh membantu kita menambah pendapatan sampingan dengan penulisan dan menulis. Memang telah lama terbukti dengan menjadi penulis kita akan menambah pendapatan.

Tetapi sebelum terjun kebidang penulisan ini, lengkapkan diri dengan ilmu yang berkaitan dan untuk permulaan, bolehla dapatkan ebook terbitan dan keluaran yang ditulis oleh Tn Aqif Azizan.

Saturday, July 20, 2013

Salam 1Malaysia,

Merancang majlis perkahwinan memang rumit. Lebih-lebih lagi kalau anda atau keluarga anda tiada pengalaman. Maklumlah, anak sulung. Semestinya tiada pengalaman mengurus dan merancang majlis perkahwinan.

Sebenarnya tak rumit nak merancang majlis perkahwinan kalau anda ada duit yang cukup. Nak senang, upah jer Wedding Planner. Atau ambil pakej yang terus ada khidmat Wedding Planner.

Sumber Gambar: www.isdacatering.com

Segala perancangan Wedding Planner akan selesaikan. Tapi, walau dah upah Wedding Planner, anda perlu tahu sedikit sebanyak untuk mengelakkan anda ditipu atau tertipu.

Jika anda nak merancang perkahwinan anda sendiri adalah lebih baik anda sediakan Checklist/senarai semak keperluan majlis perkahwinan anda sendiri. Checklist ini untuk pastikan anda tidak tertinggal perkara yang penting.

Mulakan Checklist dengan membahagi kepada 2 kategori. PENTING dan KURANG PENTING. Perkara penting ini maksudnya perkara yang perlu ada untuk memastikan majlis berjalan lancar. Kalau tak ada perkara penting ini, majlis anda akan kelihatan cacat.

Manakala perkara kurang penting ini, jika tak ada dalam majlis anda pun ia takkan menjejaskan perjalanan majlis perkahwinan anda nanti.

Sumber Gambar: ISDA Catering & Wedding Planner


Perkara yang terletak dalam kategori PENTING adalah seperti:
1. Makanan (Katering atau Rewang)
2. Andaman (Persalinan dan Pelamin) - (Kurang penting jika anda lebih kepada Islamik)
3. Dewan (Beserta Kelengkapan Dewannya) atau Kanopi (Untuk Majlis di rumah atau taman)
4. Kad Jemputan
5. Door Gift
6. Lokasi Majlis (Dewan atau Di Rumah)

5 Perkara ini antara item yang PENTING bagi memastikan kelancaran majlis anda. Anda perlu tekankan lebih kepada 5 perkara PENTING di atas. Tak kirala berapa pun bajet anda itu tidak penting. Tak semestinya anda perlu membazir untuk melancarkan majlis anda. Yang penting semua yang PENTING ada.

Perkara yang terletak dalam kategori KURANG PENTING adalah:
1. Sistem Audio (PA Sistem)
2. Persembahan (Kompang, Silat, Tarian atau Gamelan mahupun Live Band)
3. Candy Buffet
4. Photo Booth
5. Bertukar-tukar persalinan
6. Photografi
7. Ustaz Pembaca Doa

Sumber: Pasukan Kompang ISDA Creative

7 Perkara ini adalah KURANG PENTING, tetapi ia bergantung kepada individu dan bergantung pada BAJET individu juga.

Sekarang kita pergi kepada perkara TERPENTING semasa majlis anda berlangsung, iaitu penyusunan aturcara majlis. Walau sebajet mana sekalipun anda, pasti anda inginkan kelancaran di majlis anda nantikan? Anda pasti inginkan majlis anda berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Untuk pastikan kelancaran majlis persandingan anda, rancang aturcara sebaik mungkin. Sediakan seorang ketua di majlis anda nanti yang akan bertindak sebagai Floor Manager. Beliau akan berhubung dengan semua yang terlibat agar majlis anda lancar dan teratur.

Sebelum majlis tersebut, pastikan anda rancang aktiviti di majlis perkahwinan anda dengan terancang. Seperti contoh di bawah:

Jam 1.30 petang - Sanding

Jam 1.35 petang - Bacaan Doa

Jam 1.40 petang - Acara Merenjis

Jam 2.00 petang - Majlis Makan Beradab

Jam 2.30 petang - Majlis Memotong kek/pulut kuning (Jika Ada)

dan seterusnya.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang KOORDINASI ATURCARA MAJLIS PERKAHWINAN ini, boleh hubungi ISDA Catering & Wedding Planner. Kepakaran mereka adalah pakej lengkap perkahwinan berserta khidmat mengkordinasikan aturcara majlis perkahwinan

Iklan:
Jika inginkan Pakej Katering atau Pakej Perkahwinan yang disediakan sekali khidmat koordinasi aturcara majlis, klik ke sini "Pakej Perkahwinan - Percuma Khidmat Koordinasi Aturcara Majlis"

Untuk dapatkan lebih banyak tips, boleh juga layari Blog Tips Perkahwinan

Friday, July 19, 2013

Salam Jumaat Semua,

Seperti biasa hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dan pada hari ini umat Islam lelaki diwajibkan menunaikan solat Jumaat berjamaah di masjid-masjid.

Situasi yang selalu kita lihat ketika di masjid-masjid adalah kewujudan pelbagai tabung meminta sumbangan ikhlas para jemaah yang datang. Tapi berdasarkan pemerhatian saya setiap tabung pasti tak penuh dan ada yang sedikit sahaja di dalamnya.

Mungkin kerana kesedaran bersedekah masih kurang dalam masyarakat kita. Wang yang disedekahkan itu sangat diperlukan oleh masjid untuk melakukan aktiviti mengimarahkan masjid. Jika kita menyumbang walaupun RM1.00, pasti nilai balasan Allah SWT berkali ganda. Seperti mana yang memang telah Alah SWT janjikan.

Apa yang dilihat, masjid kita mewah hasil dari sumber yang kerajaan beri, macam mana agaknya kalau sesuatu terjadi dan kerajaan mengurangkan pemberian bajet kepada masjid? Apakah akan berlaku pada masjid-masjid kita?

Macam mana nak bayar bil air dan bil elektrik? Macam mana nak bayar gaji Imam, Bilal, siak dan lain-lain?

Inilah gunanya duit sumbangan tabung Jumaat pemberian kita. Cuba bayangkan setiap minggu setiap jemaah menyumbang RM1.00. Jika ada 500 jemaah, nilainya sudah RM500.00. Jadi, sebulan akan boleh mengumpul Rm2000.00. Ini berdasarkan minima RM1.00. Kalau lebih ramai usahawan yang dermawan, pastinya berlipat kali ganda nilai kutipannya.

Masjid pun boleh melakukan pelbagai aktiviti terutamanya di bulan Ramadhan yang berkat ini. Setiap aktiviti perlukan sokongan kewangan, jadi sedikit sumbangan kita itu Insha Allah akan membantu melancarkan segala aktiviti yang dirancang.

Jadi, sama-samalah kita menyumbang kepada masjid untuk memeriahkan lagi masjid di kawasan kita dan menyuburkan pendapatan kita. Mulakanlah dengan serendah nilai RM1.00. Lama kelamaan pasti akan bertambah nilai pemberian anda. Tapi yang penting pastikan anda konsisten setiap minggu.

Umpamakanlah ia sebagai tabungan anda. Hasilnya kita takkan kutip di dunia, tetapi Insha Allah di akhirat nanti.

Sekian. Wassalam

Wednesday, July 17, 2013

Salam Sukan,

Berita terhangat dan paling hangat minggu ini adalah keinginan Rooney untuk berhijrah dan Man United setelah dikhabarkan tidak sebulu dengan Pengurus baru David Moyes.

Rooney dikhabarkan tak berpuas hati dengan situasi dirinya di Man United yang dianggap sebagai penyerang kedua dibelakang RVP.


Dan Chelsea mengambil langkah permulaan dengan membida Rooney dengan jumlah bidaan yang tidak diketahui. Dikhabarkan ada pertukaran pemain dalam tawaran tersebut.

Tetapi Man United tetap enggan menjual Rooney dan memberitahu Chelsea supaya menyediakan sebanyak £80m jika inginkan Rooney. Nilai yang sama dengan Ronaldo ketika dijual ke Real Madrid dan sama nilai dengan pemain burunan ramai Gareth Bale.

Berapa pun nilainya, diakhirnya pasti akan termaktub. Samaada Rooney bakal dijual ataupun kekal bersama Man United. Sama-sama tunggu dan lihat.

Bagi peminat Man United pastinya berharap Rooney tidak akan dijual, dan jika dijual pun diharap penggantinya bakal setanding atau lebih bagus dari Rooney.

Sekian

Sumber: Wayne Rooney Transfer

Tuesday, July 16, 2013

Salam 1Malaysia,

Persoalan yang ditunggu-tunggu oleh peminat Man United sendiri dan juga peminat BPL umumnya. Jika perpindahan Fabregas ke Man United menjadi kenyataan, ia akan menjadi perpindahan sensasi pertama di bawah pengurus baru David Moyes.

Sumber Gambar: The Sun UK

Pastinya para peminat Man United tak sabar menunggu perkembangan perpindahan ini. Dengan nilai tawaran sebanyak £26million, pastinya sukar untuk mendapatkan pemain seperti Fabregas, tetapi dikhabarkan Fabregas ingin berpindah dari Barcelona untuk lebih kerap bermain untuk pastikan tempatnya di Piala Dunia Brazil 2014 terjamin.

Itupun jika Barcelona bersetuju menjual Fabregas kepada Man United. Setakat ini Fabregas tidak berada dalam senarai pemain tengah pilihan Tito Vilanova dan kemungkinan untuk Fabregas dijual juga sangan tinggi.

Walau apa sekalipun, sebagai peminat Man United, perpindahan Fabregas ini diharap akan menjadi kenyataan kerana setakat ini Man United memang kekurangan pemain tengah dan Fabregas adalah pemain yang sesuai untuk menguatkan bahagian itu.

Setelah kegagalan mendapatkan Thiago Alcantra yang telah berpindah ke Bayern Munich, diharap pembelian Fabregas ini sesuatu yang serius kerana pasukan lain giat menguatkan pasukan mereka untuk mencabar kejuaraan BPL dari Man United untuk musim akan datang ini.

Antara pemain sasaran Man United yang lain adalah Leighton Baines dan Marouane Fellaini, kedua-duanya dari Everton. Bekas kelab David Moyes.

Sumber: Berita Perpindahan Cesc Fabregas ke Manchester United - The Sun UK
Salam 1Malaysia,

Kehidupan di Universiti khususnya dan institut pengajian tinggi amnya memerlukan perbelanjaan yang tinggi berbanding zaman persekolahan.

Pelbagai perbelanjaan memerlukan wang tak kirala untuk pelajaran mahupun peribadi. Ditambah pula dengan kehidupan di bandar seperti Kuala Lumpur dan lain-lain bandar.

Kalau nak kerja part time di McDonald mahupun KFC, komitmen masa sangat diperlukan. Nak kerja lain memang agak susah kerana perlu bahagikan masa belajar dan bekerja. Silap-silap boleh kantoi belajar kalau fokus pada kerja.

Jadi, sebagai tugas mudah untuk mencari duit tambahan adalah dengan gunakan teknologi yang ada dan menggunakan jalan yang mudah tapi tak mudah sangatla. Cuma lebih mudah dengan adanya panduan seperti Mahasiswa Affiliate ini


Secara mudahnya, panduan Mahasiswa Affiliate ini akan membantu anda membuat duit dengan sistem affiliate yang sudah terbukti berjaya. Anda cuma perlu copy dan paste (ala, macam copy paste nak buat assignment) sahaja seperti cara panduan dalam Mahasiswa Affiliate ini.

Cerita banyak pun tak guna, apa kata anda klik banner kat atas tu, ataupun banner kat bawah nie untuk tahu lebih lanjut. Cerita panjang sangat kat sini nanti anda bosan pulak. Biar tuan punya panduan ini cerita lebih lanjut. Mesti anda akan percaya kalau dah tuan punya bercerita.


Harga pun tak mahal. Berbaloi untuk mulakan langkah sebagai peniaga yang menjana pendapatan melalui internet.

Wednesday, July 3, 2013

Assalamualaikum,

Bulan Ramadan akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Pastinya ramai sudah melakukan persiapan danri segi fizikal dan mental.

Persediaan kewangan pastinya paling utama kerana perbelanjaan akan meningkat dengan kehadiran bulan Syawal yang menjelang selepas itu.

Bagi yang bujang tu tak menjadi masalah sangat. Tetapi bagi yang sudah berkeluarga, wang yang mencukupi perlu ada untuk menyambut lebaran dan Syawal.

Ini menjadikan ramai peniaga dan usahawan bulan Ramadan. Mereka berniaga dan menjadi usahawan di bulan Ramadan sahaja demi menambah pendapatan untuk menyambut Syawal.

Seperti yang kita ketahui, Ramadan merupakan lubuk mencari rezeki bagi ramai peniaga dan usahawan selain dari lubuk untuk melipat gandaka  Pahala kita.

Antara perniagaan popular di bulan Ramadan adalah perniagaan di Bazaar Ramadan. Menjual makanan dan juadah untuk berbuka puasa. Ini antara perniagaan yang paling popular dan paling mendapat sambutan ramai di bulan Ramadan.

Perniagaan lain adalah meniaga di Bazaar Ramadan di Kompleks Perniagaan dengan menjual pakaian, kuih raya dan juga barang perhiasan rumah. Ini pun pasti mendapat sambutan ramai.

Bentuk perniagaan yang ketiga ini paling selesa dilakukan di Bulan Ramadan kerana tak penat dan boleh dilakukan di rumah sahaja. Ia adalah menjadi peniaga Bazaar Online. Anda boleh meniaga barang seperti Kelangkapan Rumah, Perhiasan Rumah, Aksesori Perhiasan Diri, Kuih Raya, Baju dan sebagainya yang berkaitan bulan Ramadan dan Hari Raya.

Selidik di internet produk yang berpotensi dijual di bulan Ramadan dan jadikan ia perniagaan anda untuk menambah pendapatan.

Walaupun banyak persaingan, anda perlu mencuba dan jika mahu lebih dari pesaing anda, maka anda perlulah lakukan kempen pemasaran luar biasa. Banyak medium pemasaran yang bokeh anda pilih. Medium berbayar sangat bersesuaian jika anda ingin lebih menonjol berbanding pesaing anda.

Sekian. Jadikan bulan Ramadan sebagai bulan pencetus perniagaan anda. Tetapi jangan lupa amal ibadat yang sangat berganda pahalanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget