Friday, July 19, 2013

Salam Jumaat Semua,

Seperti biasa hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dan pada hari ini umat Islam lelaki diwajibkan menunaikan solat Jumaat berjamaah di masjid-masjid.

Situasi yang selalu kita lihat ketika di masjid-masjid adalah kewujudan pelbagai tabung meminta sumbangan ikhlas para jemaah yang datang. Tapi berdasarkan pemerhatian saya setiap tabung pasti tak penuh dan ada yang sedikit sahaja di dalamnya.

Mungkin kerana kesedaran bersedekah masih kurang dalam masyarakat kita. Wang yang disedekahkan itu sangat diperlukan oleh masjid untuk melakukan aktiviti mengimarahkan masjid. Jika kita menyumbang walaupun RM1.00, pasti nilai balasan Allah SWT berkali ganda. Seperti mana yang memang telah Alah SWT janjikan.

Apa yang dilihat, masjid kita mewah hasil dari sumber yang kerajaan beri, macam mana agaknya kalau sesuatu terjadi dan kerajaan mengurangkan pemberian bajet kepada masjid? Apakah akan berlaku pada masjid-masjid kita?

Macam mana nak bayar bil air dan bil elektrik? Macam mana nak bayar gaji Imam, Bilal, siak dan lain-lain?

Inilah gunanya duit sumbangan tabung Jumaat pemberian kita. Cuba bayangkan setiap minggu setiap jemaah menyumbang RM1.00. Jika ada 500 jemaah, nilainya sudah RM500.00. Jadi, sebulan akan boleh mengumpul Rm2000.00. Ini berdasarkan minima RM1.00. Kalau lebih ramai usahawan yang dermawan, pastinya berlipat kali ganda nilai kutipannya.

Masjid pun boleh melakukan pelbagai aktiviti terutamanya di bulan Ramadhan yang berkat ini. Setiap aktiviti perlukan sokongan kewangan, jadi sedikit sumbangan kita itu Insha Allah akan membantu melancarkan segala aktiviti yang dirancang.

Jadi, sama-samalah kita menyumbang kepada masjid untuk memeriahkan lagi masjid di kawasan kita dan menyuburkan pendapatan kita. Mulakanlah dengan serendah nilai RM1.00. Lama kelamaan pasti akan bertambah nilai pemberian anda. Tapi yang penting pastikan anda konsisten setiap minggu.

Umpamakanlah ia sebagai tabungan anda. Hasilnya kita takkan kutip di dunia, tetapi Insha Allah di akhirat nanti.

Sekian. Wassalam

Tagged: ,

1 comment :

  1. Sangat suka entry ni. Sgt2 bermanfaat utk diamalkan. Ini boleh membantu institusi2 masjid seluruh negara.

    Bukan itu sahaja, ia juga merupakan sedekah jariah yg dituntut kerana dpt membantu kita apabila kita meninggal dunia kelak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget