Saturday, August 3, 2013

Salam Sukan,

Hari ini nak kongsikan keputusan Perlawanan pasukan yang bakal menentang dan bermain dengan pasukan kebangsaan kita iaitu pasukan FC Barcelona. Pasukan terbaik dunia setakat ini.

Kira bertuah jugakla peminat bola sepak Malaysia ini kerana bakal menyaksikan pemain-pemain terbaik dunia datang bermain di Malaysia. Bukan senang pasukan kuat seperti Barcelona nak datang ke negara kita nie. Pasti banyak penganjur kena bayarkan?

Tapi itu urusan penganjurla. Tapi yang dirisaukan adalah, berapa besar jaringan yang bakal Barcelona cipta dan berapa banyak gawang Malaysia akan dibolosi?


Kalau bernasib baik pun, Messi, Neymar, Xavi, Iniesta dan Fabregas yang ura-ura akan ke Man United akan main-main jer untuk elakkan jaringan terlalu besar. Kalau mereka bermain bersungguh-sungguh rasanya setakat belasan jaringan tu tak mustahil.

Silap-silap boleh cecah puluhan gol. Sedangkan kelab Brazil yang kuat seperti Santos FC iaitu bekas kelab Neymar pun mereka belasah dengan jaringan 8:0. Inikan pasukan kebangsaan kita yang kita tahu tahapnya yang baru kalah dengan kelab divisen 2 Jepun pun kita kalah dengan jaringan agak besar iaitu 5:0.

Tak dapat bayangkan jumlah jaringan kelab nombor 1 dunia, Barcelona akan jaringkan di Stadium Bukit Jalil nanti. Sama-sama kita harap pemain Malaysia tak pemurah sangat bagi gol mudah kat Barcelona nanti yer. Kalau nak jadi pemurah baik buat cara lain, bolehla dapat jadi pemain bola pemurah.


Tapi kalau banyak gol, peminat Barcelona pasti sangat gembira sebab satu kepuasan tonton perlawanan bola di stadium adalah saat jaringan gol. Memang meriah dan kepuasan amat dirasai.


Diharapkan Pemain kebangsaan kita mampu menangkis serangan dari pasukan Barcelona. Janganla bagi Barcelona jaringkan banyak-banyak gol yer. Peluang ini perlu diambil untuk pasukan terus belajar dari pasukan utama dunia.

Tapi janganla asyik belajar jer yer. Kenala implementasikan apa yang dipelajari dalam meningkatkan permainan pasukan kita dan liga kita.

Sekian,
Majulah Sukan Bola Sepak Untuk Negara Kita.

P/s: Sedekah dan Pemurah di Bulan Ramadhan.

Tagged: , ,

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget