Wednesday, December 31, 2014


Malam tahun baru 2015 ini memberi berita gembira kepada pengguna minyak petrol seMalaysia. Berita itu adalah berita penurunan harga minyak Ron95, Ron97 dan juga Diesel.

Ron95 turun sebanyak 35 sen kepada RM1.91 seliter. Ron97 turun ke RM2.11 seliter. Diesel pula turun 30 sen ke RM1.93.


Harga petrol dan diesel dah turun, tapi agak agak harga barang turun tak?

Apapun, Alhamdulillah sebab harga petrol turun dan mengurangkan beban petrol untuk sebulan dua nie.

Duit dan bajet lebihan tu bolehla disimpan atau dilaburkan untuk kegunaan masa petrol naik harga semula dikemudian hari nanti.

Tuesday, December 30, 2014

Satu lagi kelainan dan pembaharuan yang dibawa oleh kelab JDT untuk musim 2015. Iaitu majlis pelancaran jersi secara besar besaran dan komersil.

Acara seperti ini akan menarik lebih ramai peminat dan meningkatkan keterujaan terhadap sesebuah pasukan.

Pasukan lain patut mencontohi pasukan JDT ini kerana ia adalah satu bentuk promosi dan publisiti pada pasukan.

Apapun terpulang pada pengurusan masing masing dalam mempromosikan pasukan mereka.

Jom kita lihat Gambar Jersi Baru Pasukan JDT Untuk Musim 2015.






Aktiviti biasa keluarga sebelah Wife pada hujung tahun adalah aktiviti Family Day. Memang meriah kalau berkumpul sebab keluarga sebelah wife ada 13 pak cik dan mak cik.

Boleh bayangkanlah betapa ramainya kalau berkumpul setiap hujung tahun tu.

Dan tahun ini Family Day diadakan di Pantai Puteri, Melaka dan ia lebih meriah kerana dibuat malam dan siang harinya.

Lokasi yang mudah akses oleh keluarga ini sebab meraka semua berasal dari Tangga Batu. Nak ke Pantai Puteri nie hanya 10 minit naik kereta, dan 5 minit jer kalau naik moto sebab ada jalan short cut.

Sebelah malam ada BBQ, bakar kambing golek dan sedikit majlis bacaan doa selamat di tepi pantai.

Gambar baru sampai tepi pantai untuk persiapan.

Hidupkan api untuk kambing golek time.

Ramai2 angkat kambing fresh untuk digolek.
Kambing sembelih sehari sebelum.

Dah naik, apa lagi, kipasla.
Acara sukaneka untuk kanak-kanak selepas majlis doa selamat dan sambil makan kambing golek.


Main Dam Haji memang best.

Team kami sedang menyusun aturcara dan aktiviti di hari Family Day.


Aku susun lagu jer pagi-pagi nie.


Semua lepas daftar berbaris ikut pasukan yang telah diundi.

Penuh kawasan nie dengan manusia berbaju biru.

Aktiviti pertama untuk pasukan. Explore Race.

Main Ting Ting pun salah satu acara.

Acara baling selipar sambil tutup mata. Macam mana tu?

Acara kegemaran ramai, Bola sepak pantai.

Pengampaian Hadiah oleh Nenek.

Last sekali macam biasa. Tangkap gambar sebagai kenangan.




Ini keluarga kami yang menganjurkan tahun ini.

Ini krew ISDA yang dibawa khas untuk tolong sepanjang Family Day ini.
Kalau takde mereka, letih kami nak uruskan sendiri.

Monday, December 29, 2014

Sesi permulaan persekolahan untuk sesi 2015 ditangguhkan sehingga 12.1.2015 bagi memberi lebih masa untuk persiapan yang kebanyakannya terjejas oleh kerana banjir besar yang melanda 3 negeri pantai timur, Kelantan, Terengganu dan Pahang.


Disamping beberapa kawasan di Perak dan juga di seluruh negara. Di KL juga ada banjir, banjir kilat kerana hujan yang turun agak lebat.


Semoga penangguhan pembukaan sesi persekolahan 2015 ini dapat memberi manfaat kepada semua seterusnya memberi lebih nasa untuk membuat persiapan terutamanya keluarga yang terlibat dengan banjir.

Sekolah yang terlibat dijadikan pusat penempatan sementara juga perlukan masa untuk diperbaiki semula.

Pastinya banyak kerosakan akibat banjir kali ini.

Apapun, semoga semua yang terlibat dengan bencana banjir kali ini lebih tabah dan sabar.

Wednesday, December 24, 2014

Akad Nikah memang sesuatu yang agak menakutkan bagi orang lelaki. Neves dah tentu punya.

Maklumlah nak memikul beban dan tanggungjawab baru.

Baru nak akad dah nikah nama 2 ke 3 perkataan dah gugup dan tersasul, ini kan pula nak menyebut nama isteri yang mempunyai 53 huruf.


Nama isteri beliau adalah Siti Normayatullah Rabiyatul Arbiah Maizurati Armida Puteri Md Arif.

Nah, panjangkan namanya. Ada 53 huruf dan 7 perkataan panjangnya. Memang wow namanya.

Apapun tahniah kepada suaminya,  Kamalrrudin Ahmad yang berjaya melafazkan akad dengan hanya sekali lafaz sahaja pada 12 Disember 2014 yang lalu.

Tahniah sekali lagi pada keduanya.

Tuesday, December 23, 2014

Berita dan gosip terbaru melibatkan pasukan Man United yang dikhabarkan cuba mendapatkan bintang Real Madrid, Gareth Bale dengan nilai £120 juta.

Nilai tertinggi mengatasi rekod perpindahannya sendiri dari Tottenham Hotspurs ke Real Madrid yang bernilai £85 juta pada 2 musim lepas.


Tapi macam kurang berbaloi jer £120 juta Untuk seorang pemain macam Bale nie.

Lebih baik belanjakan £120 juta tu untuk 3 ke 4 pemain lain yang lebih berbaloi macam Vidal, Reus, Matt Hummel, ataupun Strootman.

Kalau dari segi kelajuan, memang tak dinafikan Bale nie. Tapi dari segi lain, memang kurang berbanding Ronaldo.

Kalau £120 juta itu untuk beli Ronaldo, confirm berbaloi-baloi.

Apapun, ia masih lagi rumours atau gosip lagi. Masih belum ada pengesahan.

Samalah kita tunggu dan lihat wahai para peminat Manchester United.
Jadi peniaga atau berbisnes bukan senang. Lebih lebih lagi dalam menguruskan pelanggan.

Ini sebab pelanggan nie ada 1001 macam jenis perangai dan peel-nya. Lain pelanggan maka lainlah peel-nya.

Nak puaskan hati pelanggan adalah misi setiap bisnes, tapi sukar kalau tak kena kaedahnya.

Berbalik pada tajuk, peniaga sekarang tak boleh nak bereksperimen atau apa yang seangkatan dengannya sebab kalau gagal eksperimen tersebut dan ia melibatkan pelanggan, memang jadi viral di social medialah jawabnya.

Walaupun kesilapan yang anda lakukan itu tak dilakukan secara terus oleh anda. Mungkin dilakukan oleh pihak ketiga seperti pembekal ataupun pengedar.

Sekarang ini, banyak kes penipuan, lebih lebih lagi berkaitan online bisnes. Ini antara sebab kenapa pelanggan terlalu cepat berprasangka buruk terhadap peniaga khususnya peniaga online.

Itulah sebabnya SSM suruh kita daftarkan perniagaan. Dengan daftar perniagaan, kita akan ada rekod di sistem dan seterusnya menaikkan kredibiliti kita sebagai peniaga.


Juga menaikkan keyakinan pembeli terhadap bisnes kita.

Kalau menipu atau pelanggan rasa tertipu, maka boleh lingkup bisnes kita sebab disebarkan di social media dan satu dunia tahu, seterusnya nama kita dan bisnes akan terjejas dan jatuh menjunam.

Jadi, kalau boleh rancang serapi yang boleh bisnes yang kita ceburi dan elakkan dari melakukan penipuan.

Kalau niat kita nak berbisnes lama, maka kita perlu jujur dengan pelanggan dan juga staff.

Jangan sesekali menipu atau mengelat, buruk padahnya nanti.

Jangan rasa kita boleh kaya dengan menipu. Lebih cepat kita kaya jika berniaga jujur dari berniaga dengan menipu.

Kalau kita menipu, kita kaya sekejap jer, selebihnya kita merana.

Monday, December 22, 2014

Musim cuti Krismas dan Tahun Baru 2015 tinggal beberapa hari sahaja.

Yang pastinya akan ramai yang menggunakan kesempatan ini untuk balik ke kampung atau bercuti bersama keluarga atau kawan.

Tapi, macam biasa yang dihadapi masa musim cuti umum, Jalan raya dan highway mestilah akan sesak dan padat.

Aku pun yang akan terjebak dengan kesesakan kali ini sebab aku akan balik ke Melaka hujung minggu ini untuk sambut Family Day keluarga mertua kat Pantai Puteri.

Nampaknya kenalah baca cadangan jadual waktu perjalanan oleh PLUS.


Setiap tahun memang ada Family Day ini, tapi tahun ini clash dengan jadual cuti umum Krismas pulak.

Harap tak sesak sangatlah highway ke Melaka tu pada hari khamis nanti.

Apapun, harap perjalanan kami berjalan lancar.

Sunday, December 21, 2014

Sebelum ini ada buat entry berkenaan kos tukar skrin Zenfone 6 aku yang pecah sebab terjatuh dan kosnya agak tinggi separuh dari kos beli handphone Zenfone 6 baru.

Mahal memang mahal kosnya, tapi kena dan terpaksa tukar sebab phone nie best dan skrinnya besar. Senang untuk berblogging dan lagi satu, kelajuannya memang sesuai untuk blogging.


Lagi satu sebab aku tukar sebabnya adalah kos nak beli handphone baru memang lebih tinggi. Lebih baik repair jer dari beli baru.

Dan paling penting, kosnya tak semahal kos kedai yang sebelum ini aku tanya. Kedai pertama yang aku tanya tu RM400++.

Dan kedai tempat aku repair ini adalah di Low Yat dan kosnya RM300++ jer. Kurang hampir RM100++ jugaklah.

Jadi, jika ada kawan-kawan blogger atau kawan-kawan pembaca yang mengalami masalah skrin Zenfone 6 anda jatuh dan sayang nak tukar phone baru, bolehlah repair di Low Yat.

Tapi untuk yang tinggal berdekatan sahajalah. Kalau dah jauh sangat tu, carilah tempat yang berbaloi ya.

Friday, December 19, 2014

Gambar jambatan tertinggi dan terpanjang di dunia yang terletak di negara China ini membuatkan aku terfikir, macam mana dia bina jambatan seperti ini.

Nak buat flyover atau jejantas yang hanya beberapa meter pun dah rumit. Inikan pula jambatan berkilometer ini.

Ini dia gambar jambatan terpanjang dan tertinggi di dunia buat masa ini yang terletak di wilayah Hunan.


Pandangan jambatan terpanjang dan tertinggi dari bawah.



Pemandangan jambatan terpanjang dan tertinggi di waktu malam.

Menakjubkan tak? Sangat menakjubkan pada aku. Tak dapat nak difikirkan macam mana mereka bina.

Sedangkan tengok proses pembinaan landasan MRT pun aku dah kagum, inikan pula jambatan yang panjang dan tinggi nie.

Harap satu hari nanti aku dapat lawat jambatan ini.

Sumber Gambar: Facebook

Thursday, December 18, 2014

Entry ini berinspirasikan dari posting di blog The Vocket yang semakin popular tu. Entry bertajuk 5 Pejabat Di Malaysia Ini Akan Buat Anda Rasa Awesome! #3 Buat Kami Happy.

Memang betul apa yang penulis di The Vocket ini tulis dan kongsikan. Setiap pejabat yang dikongsikan adalah sangat berbeza dan lain dari yang lain.

Ia tak formal dan lebih bersuasana santai.

Aku sebagai orang muda yang berniaga, pastinya akan impikan nak set up pejabat berkonsepkan macam Google Malaysia, Mindvalley, mahupun Groupon.

Suasana pejabatnya akan membuatkan kita berfikir dan bekerja secara santai dan lebih kreatif dan relax.

Jom kita tengok gambar Deko Pejabat yang Wow.

1. Google Malaysia


2. Groupon.


3. Mindvalley



Lain lain pun ada. Senarai penuh dan semua gambar boleh tengok di laman blog The Vocket 




Sunday, December 14, 2014

Best. Lepas menang lawan Arsenal beberapa minggu lepas, minggu ini menang pulak dengan Liverpool. Menang 3 - 0 pulak tu.


Memang tak dijangka.

Apapun De Gea memang Man of The Match. Banyak top save dari De Gea.


Nampaknya makin beria-ialah Real Madrid nak beli.

Harap Man United terus simpan De Gea. Lama lagi boleh pakai tu.

Apapun malam nie GGMU. Tak perlu masuk gua. Tapi dan liverpool kena bertapala dalam gua sehari dua nie.

Apa boleh buat, nasib badan.

Thursday, December 11, 2014

Tarikh gaji kakitangan kerajaan merupakan lubok rezeki bagi sesetengah peniaga yang mana pelanggan utamanya adalah kakitangan kerajaan.

Tambahan pula jika ada bonus mahupun musim perayaan. Pasti tarikh pembayaran gaji untuk kakitangan kerajaan ditunggu tunggu ramai peniaga.

Ini kerana, di Malaysia, pemilik kuasa beli majoriti adalah kakitangan kerajaan.

Untuk Kakitangan swasta susah nak dijangka sebab lain majikan, lainlah tarikh pembayaran gajinya.

Jadi, siapa yang pelanggan utamanya kakitangan kerajaan, silalah simpan jadual tarikh pembayaran gaji untuk kakitangan kerajaan 2015.

Wednesday, December 10, 2014

Fenomena Baru, Majalah Jootawan dan Wak Doyok


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget