Tuesday, February 25, 2014

Assalamualaikum semua.

Posting hari ini adalah copy paste perkongsian dari ABS: Panduan Membuka Bisnes Pertama

+ Jangan sekali-kali menggunakan duit hutang sebagai modal bisnes.

+ Gunakan duit simpanan sendiri sahaja sebagai modal.

+ Mulakan bisnes dengan apa yang ada dalam tangan.

+ Gunakan kepandaian yang ada pada diri kita. Jual kepandaian kita itu. Mulakan bisnes servis.

+ Jangan membuka kedai, sehinggalah kita sudah benar-benar mampu.

Walaupun ringkas, panduan ini akan banyak membantu kita membina perniagaan sendiri yang berdaya saing dan mampu bertahan lama.

Panduan ringkas ini diambil dari Facebook Pn Ainon - Founder ABS. Lebih banyak panduan dan tips anda boleh dapat dari laman Facebook Pn Ainon ini. Rugi jika tak subscribe.

Thursday, February 13, 2014

Salam 1Malaysia,

Seperti yang ramai ketahui, Proton bakal menggantikan model kereta Perdana yang ada sekarang dengan model terbaru yang dikenali sebagai Proton Perdana Replacement.

Proton Perdana baru ini bakal menggantikan kereta rasmi kerajaan yang digunakan sekarang dan berdasarkan gambar yang didapati dari laman Facebook, kereta Perdana Baru ini telah siap untuk penghantaran.

Nampaknya selepas ini staff kerajaan akan dapat kereta baru dan diharap kereta ini mampu menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

Sekian.

Assalamualaikum semua.

Blogging makin senyap selepas kehadiran Facebook dan Twitter serta social media lain.

Tetapi ramai Otaimer yang masih kekal dengan dunia blogging walaupun mereka juga menggunakan social media seperti Facebook, Twitter mahupun Instagram.

Mereka kekalkan blog mereka kerana itu adalah asset kekal mereka. Manakala Facebook, Twitter mahupun instagram adalah asset sewaan. Boleh hilang dalam sekelip mata sahaja.

Tetapi diingatkan supaya jangan buat blog dengan menggunakan sumber copy paste kerana salah dari segi etika dan lagi satu, ia akan merugikan di jangka masa panjang.

Jika anda cipta artikal anda sendiri, anda boleh kongsikan/share berkali - kali di Facebook atau Twitter anda selepas ini.

Kebiasaannya ada ketika kita akan ketandusan idea untuk menulis, dan pada waktu inilah artikal yang anda karang akan berguna.

Anda boleh kongsikan kembali dan mendapat pelawat daripada artikal tersebut. Artikal lama pun boleh menarik pelawat asalkan bukan artikal copy pste dari akhbar semasa atau media hiburan. Ianya sangat rugi.

Dan seperti yang ramai ketahui, setiap pelawat ke blog anda berpotensi untuk memberi pendapatan tambahan kepada anda. Oleh itu, pelawat perlu terus datang ke blog anda walaupun blog anda tiada update baru.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget