Wednesday, April 23, 2014

Assalamualaikum Semua.

Minggu ini peminat BPL umumnya dan peminat Man United khasnya dihangatkan dengan berita pemecatan Pengurus David Moyes. Moyes belum pun cukup semusim memimpin Man United tetapi telah dipecat oleh kerana prestasi hambar dan tidak konsisten dalam liga dan saingan Eropah.


Pemecatan ini mengejutkan para pemerhati bola sepak kerana Man United tidak mempunyai sejarah budaya memecat pengurus dalam masa yang singkat.

Tapi apakan daya, pemilik Man United iaitu keluarga Glazer sudah tidak mampu bersabar dengan pasukan di bawah bimbingan David Moyes.

Kekalahan terbaru di tangan Everton telah memburukkan lagi reputasi Moyes dan dengan prestasi inilah dia dipecat oleh Man United.

Namun begitu, berita pemecatan Moyes ini telah melonjakkan harga saham Man United di pasaran saham. Harga tertinggi dicatatkan sejak awal musim di mana May United dibimbing David Moyes.


Nampaknya berita pemecatan Moyes ini menyebabkan pemegang saham Man United bertambah yakin dan pasti Man United akan meningkat semula selepas ini di bawah pengurus baru.

Hasil dari pemecatan ini, Ryan Giggs mengambil alih tugas sementara sebagai pengurus pasukan sementara menunggu pelantikan pengurus baru musim hadapan. Pastinya selepas Piala Dunia 2014 di Brazil tamat.


Perlawanan pertama yang perlu dihadapi Giggs sebagai pengurus sementara Man United adalah menentang Norwich City.

Di harap di bawah pengurusan sementara Ryan Giggs, Man United mampu memenangi semua baki perlawanan mereka.



Tagged:

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget