Tuesday, May 20, 2014

Assalamualaikum Semua

Akhirnya terjawab sudah penantian peminat pasukan Manchester United dengan sahnya Louis Van Gaal dilantik menjadi pengurus baru menggantikan David Moyes.

Keputusan ini dilihat sebagai langkah pertama United bagi membawa semula zaman kegemilangan United.

Perlantikan Van Gaal ini juga dilihat antara usaha awal United bagi menarik lebih ramai pemain ternama dunia bagi menyertai Man United bagi musim akan datang.

Nama gah Van Gaal selaku antara  pengurus terbaik di dunia pastinya akan menarik lebih ramai pemain ternama dunia yang menjadi sasaran United.

Sama-sama kita tunggu prestasi United di bawah pengurusan Louis Van Gaal.

Tagged: , ,

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget