Wednesday, July 23, 2014

Lagu raya lama yang diberi nafas baru oleh Dato' AC Mizal dan team ForUToC yang serba baru dan pastinya lebih segar.

Ramai kita tahu Dato' AC nie salah seorang genius dalam industri hiburan dan juga bidang perniagaan. Beliau antara artis yang berjaya dalam bidang perniagaan walaupun pelbagai halangan dihadapi.


Idea beliau menghimpunkan team pelawak Astro yang berbakat dalam nyanyian ini adalah satu langkah bijak dan pastinya mampu menarik ramai peminat kerana setiap dari mereka ada peminat masing-masing.

Ditambah pula lagu ini memang antara lagu raya kegemaran ramai dan sedap didengar.

Friday, July 18, 2014

Ini hanya kemungkinan dan boleh jadi juga salah satu faktor kejadian pesawat MH17 ditembak jatuh.

Kalau dilihat dari gambar, memang tak jauh beza pesawat MAS MH17 ini dengan pesawat yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin.

Apa pun berkemungkinan terjadi dan jika ini terjadi, pihak bertanggungjawab haruslah dibawa kemuka keadilan.

Apapun ini semua adalah perancangan Allah SWT yang Maha Agung.

Kita sebagai umat Islam perlu redha dengan ketentuannya dan sama-sama kita berdoa agar keluar mangsa tabah menghadapi dugaan besar ini.

#alfatihah.

Assalamualaikum.

Satu lagi berita yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia, iaitu berita pesawat MAS MH17 telah terhempas di sempadan Ukraine - Russia.

Pesawat MH17 ini dilaporkan telah ditembak oleh pihak yang belum dapat dipastikan di kawasan bergolak antara Russia dan Ukraine.

Berita ini sangat menyedihkan bagi kita seluruh rakyat Malaysia umumnya dan khasnya bagi ahli keluarga penumpang dan krew pesawat MH17 ini.

Semoga ahli keluarga krew dan penumpang tabah menerima dugaan ini ditambah pula bagi keluarga beragama Islam yang akan menyambut Aidilfitri tak lama lagi.

Moga tabah kesemuanya atas dugaan ini. Al - Fatihah semua.

Thursday, July 17, 2014

Gambar yang akan meng'excited'kan para peminat pasukan Manchester United.

Dengan portfolio van Gaal yang gah, pastinya harapan yang diletakkan dibahu beliau oleh para peminat sangat tinggi.

Tinggi melebihi harapan yang pernah diletakkan dibahu Moyes.

Harapannya adalah mengembalikan zaman kegemilangan United.

Sumber: Man United Web.
Berita terbaru yang boleh dikatakan mengejutkan peminat bola sepak Eropah. Berita perpindahan pemain kebangsaan German Tony Kroos yang baru sahaja memenangi Piala Dunia 2014 beberapa hari yang lalu.


Berita perpindahan Tony Kroos ke Real Madrid dari Bayern Munich agak mengejutkan kerana Bayern Munich adalah antara kelab terbesar di Eropah dan pastinya agak jarang pemain kebangsaan German akan bermain dengan kelab lain, lagi-lagi pemain itu adalah pemain Bayern Munich.

Tapi inilah hakikatnya kerana Tony Kroos bukanlah pemain tengah pilihan utama Pep Guardiola, jurulatih baru pasukan Bayern.

Atas sebab inilah Tony Kroos bertindak menandatangani kontrak bersama Real Madrid. Bersama Real Madrid, Kroos bakal bergandingan di bahagian tengah bersama Luka Modric dan juga Xavi Alonso, seterusnya bakal menyingkirkan rakan senegara Kroos, Sami Khadira ke bangku simpanan.

Berikut adalah barisan kemungkinan Real Madrid pada musim 2014/2015:

Penjaga Gol: Iker Casillas

Pertahanan: Marcelo, Sergio Ramos, Pepe, Carvajal

Tengah: Xavi Alonso, Modric, Kroos

Serangan: Ronaldo, Bale, Benzema

Sumber: Twitter The Sun

Thursday, July 3, 2014

Assalamualaikum Semua peminat Manchester United.

Pastinya berita perpindahan 2 pemain muda rebutan banyak kelab ini telah menggembirakan para peminat Kelab Manchester United ini.

2 pemain muda berbakat ini nampak nya telah memilih Manchester United berbanding kelab ternama lain.

Semoga prestasi United musim akan datang akan kembali cemerlang di bawah pengurusan baru Van Gaal.

Dikhabarkan bukan Harrera dan Shaw sahaja yang menjadi pemain baru United musim baru ini. Khabarnya Van Gaal akan membawa lebih banyak pemain baru berbakat ke dalam skuad United.

Berita yang sangat mengujakan bagi peminat pasukan Manchester United khasnya dan pastinya akan menggerunkan musuh2 United.

Sekian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget