Thursday, July 17, 2014

Berita terbaru yang boleh dikatakan mengejutkan peminat bola sepak Eropah. Berita perpindahan pemain kebangsaan German Tony Kroos yang baru sahaja memenangi Piala Dunia 2014 beberapa hari yang lalu.


Berita perpindahan Tony Kroos ke Real Madrid dari Bayern Munich agak mengejutkan kerana Bayern Munich adalah antara kelab terbesar di Eropah dan pastinya agak jarang pemain kebangsaan German akan bermain dengan kelab lain, lagi-lagi pemain itu adalah pemain Bayern Munich.

Tapi inilah hakikatnya kerana Tony Kroos bukanlah pemain tengah pilihan utama Pep Guardiola, jurulatih baru pasukan Bayern.

Atas sebab inilah Tony Kroos bertindak menandatangani kontrak bersama Real Madrid. Bersama Real Madrid, Kroos bakal bergandingan di bahagian tengah bersama Luka Modric dan juga Xavi Alonso, seterusnya bakal menyingkirkan rakan senegara Kroos, Sami Khadira ke bangku simpanan.

Berikut adalah barisan kemungkinan Real Madrid pada musim 2014/2015:

Penjaga Gol: Iker Casillas

Pertahanan: Marcelo, Sergio Ramos, Pepe, Carvajal

Tengah: Xavi Alonso, Modric, Kroos

Serangan: Ronaldo, Bale, Benzema

Sumber: Twitter The Sun

Tagged: , , , , ,

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget