Wednesday, August 27, 2014

Berita yang ditunggu-tunggu peminat pasukan BPL, Manchester United. Berita pengesahan perpindahan Angel De Maria dari Real Madrid.

Perpindahan ini dikhabarkan bernilai £59.7 juta yang secara tak langsung memecahkan rekod perpindahan pemain di liga English yang dipegang Fernando Torres ketika beliau dibeli Chelsea dari Liverpool dengan yuran perpindahan sebanyak £50 juta.

Ketibaan De Maria ke Man United pastinya menggembirakan para peminat kerana prestasi semasa pemain tak meyakinkan terutamanya pemain sayap kanan dan kiri yang kurang tajam dan kurang mencabar salam setiap perlawanan.

Gambar Angel De Maria di Manchester United.

Tuesday, August 26, 2014

Semakin hari semakin banyak dan pelbagai telefon pintar dikeluarkan oleh pelbagai pengeluar.

Trend terkini adalah telefon pintar jenama Lenovo. Jenama yang menjadi pilihan ramai kerana harga yang murah dan mampu milik.

Oleh kerana wife dah pakai Lenovo, maka aku memilih Asus Zenfone 6 sebagai pilihan untuk gantikan S3 yang baterinya semakin hampeh dan tak mampu tampung penggunaan yang berlebihan.

Setakat ini Asus Zenfone 6 tak mengecewakan kerana fungsi dan aplikasinya memuaskan hati.

Ditambah pula dengan aplikasi "one hand Mode" yang memudahkan penggunaan menggunakan dengan sebelah tangan. Ini kerana saiz Asus Zenfone 6 agak besar bagi saiz tangan orang Asia dan orang Malaysia.

Mode ini tersangat membantu dan ia tak jauh beza saiz one hand modenya dengan S3.

Apapun ia adalah Mode yang sangat memudahkan penggunaannya. Berbaloi juga dengan harganya.

Ini baru satu bestnya Asus Zenfone 6. Ada lagi banyak bestnya telefon pintar ini.

Thursday, August 21, 2014

Esok merupakan hari berkabung bagi seluruh rakyat Malaysia yang bakal menerima 20 jenazah mangsa tragedi MH17.

Kesemua jenazah dijangka tiba esok pagi dan kerajaan telah mengumumkan bahawa esok adalah hari berkabung untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Berikut merupakan peraturan ISTIADAT BERKABUNG yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Kita sebagai umat Islam, sama-samalah kita sedekah kan bacaan Al Fatihah kepada mangsa yang beragama Islam agar roh mereka tenang dan di tempatkan bersama golongan Beriman. Amin.

Thursday, August 14, 2014

Nampaknya pasaran kereta Malaysia akan kembali rancak dengan kemunculan model-model baru di pasaran.

Terbaru, Perodua sudah membuka tempahan untuk model terbaru mereka iaitu Perodua AXIA yang bakal menggantikan model Viva.

Harga sangat menarik, bermula dari RM24,900 dan ke atas mengikut variantnya.

Warna Perodua Axia pastinya takkan lari jauh dari model Viva, Alza mahupun Myvi.

Yang pasti warna Perodua Axia akan ada Merah dan Putih.

Berikut adalah gambar Perodua Baru, Perodua Axia yang bersumber dari laman utama perodua.com.my

Sunday, August 3, 2014

Nampaknya agak terlambat tapi belum terlambat lagi untuk kami keluarga blog perkongsian ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.



Semoga Aidilfitri ini akan lebih bermakna kepada kita semua.

Kepada yang membuat jamuan Open House semoga rezeki anda terus dimurahkan dan pada para tetamu tu, diingatkan supaya beringat ketika makan dan menjamu selera.

Sekali lagi di ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget