Tuesday, September 30, 2014

Baru-baru ini Proton telah melancarkan model terbaru mereka, model untuk pasaran Malaysia dan Antarabangsa.

Model Proton Iriz yang setakat ini mendapat sambutan hangat.

Terbaru adalah model Konsep untuk Proton Iriz.

Kelihatan lebih sporty dan WOW.




Monday, September 29, 2014

Setelah penat bekerja, sebagai hadiah perlulah pergi bercuti merefresh minda dan tenaga dan mencari Idea Baru untuk bisnes terus berkembang.

Lokasi yang berbajet sederhana yang sesuai untuk merehatkan badan adalah Tanah Tinggi Cameron Highlands.

Kami pergi bercuti pada hari biasa dan bukan hujung minggu, jadi, tiada pasar malam yang popular di Cameron Highland dan tiada juga kesesakan trafik.

Itu yang penting. Bercuti dan bersantai tanpa perlu bersesak-sesak di jalan raya.

Seperti biasa, lokasi popular kalau melawat ke Cameron Highland adalah Ladang Teh BOH, Sg Palas. Lokasi wajib pergi sebab nak feel macam dalam filem Ombak Rindu.








Panorama View dengan menggunakan Asus Zenfone 6.


Hotel tempat kami sekeluarga menginap.






Gambar diambil menggunakan Asus Zenfone 6 Front & Rear Camera. Gambar memang mantop. 13 megapixel. Dah macam DSLR.

Sekian.
Tugas menjual bukan 1 kerja mudah dalam sesebuah perniagaan. Untuk menjual, kita perlu ada kekuatan yang cukup dari segi kekuatan produk dan juga ejen jualannya.

Sebagus manapun produk jika strategi menjualnya lemah, pasti akan gagal terjual.

Jual Secara Pakej

Untuk memastikan kekuatan produk anda, jualkan ia secara pakej. Jual secara pakej dalam 1 harga. Jika menjual secara Pakej,  produk anda bakal menjadi pilihan pelanggan.

Senario ini boleh terjadi kerana kebanyakan pelanggan kebiasaannya akan mencari sesuatu yg memudahkan urusan mereka. Jika sudah ada pakej, ia semestinya memudahkan pelanggan anda.

Pakej itu pula mestilah melengkapi produk yg anda jual itu. Elakkan membuat pakej yg tak ada kena mengena langsung dgn produk anda.

Seperti contoh, kebanyakan pemasar internet (IM), penjual ebook dan penjual produk digital menjual produk mereka secara pakej bagi memastikan kepuasan hati pelanggan dan juga membezakan produk jualan mereka dengan pesaing lain.

McDonald Jual Secara Pakej

Kita ambik contoh fast food no 1 Malaysia iaitu McDonald's.

Mereka menjual secara pakej dan ini menarik lebih ramai pembeli jika dibandingkan jika mereka hanya menjual burger sahaja.

Jika diikutkan logik, pasti McDonald's tidak akan berada di posisi mereka sekarang ini jika hanya menjual burger shj.

Pakej McDonald's bukan sahaja melibatkan produk lain yg digabungkan. Tetapi termasuk juga pakej servis yg disediakan. Walaupun tiada cas dikenakan secara langsung, tetapi pada dasarnya harga mereka sudah termasuk dengan produk dan servis yg mereka sediakan.

Pakej tidak semestinya gabungan produk dengan produk sahaja, ia boleh jadi juga gabungan antara produk dan servis. Seperti contoh, anda menjual Almari Pakaian di pakejkan dengan penghantaran dan khidmat pemasangan. Kan dah dikira pakej tu.

Pelanggan pasti akan memilih anda berbanding pesaing yang menjual almari yang sama, tetapi tiada khidmat pemasangan dan penghantaran.

Tujuan Pakej Untuk Memudahkan Urusan Pelanggan Kita

Apa yang penting, pakej perlu unik dan memudahkan pelanggan dan pembeli.

Oleh itu, sebelum menjual produk anda, buat study sikit untuk mencipta pakej yg sukar ditolak pelanggan.

Jualan secara pakej akan menggalakkan pembeli membeli kerana mereka bakal mendapat faedah yang lebih hasil dari 1 belian sahaja.

Lakukan sedikit kajian untuk pastikan apa yg anda pakejkan itu bersesuaian.

Sekian.

Wednesday, September 24, 2014

Nak berbisnes tapi modal tak ada? Itulah masalah kebanyakan kita untuk memulakan bisnes.

Nak berbisnes perlu modal yang banyak. Nak bisnes perlu ada modal puluhan ribu ringgit. Salah, ini adalah tanggapan dan anggapan yang salah sama sekali.

Lebih-lebih lagi di zaman serba online ini.

Banyak perkara boleh didapati secara percuma.

Ilmu pun banyak boleh didapati secara percuma.

Pemasaran permulaan juga banyak saluran percuma.

Kalau dulu mungkin banyak yang berbayar menjadikan kos memulakan bisnes menjadi tinggi.

Dulu perlu kos untuk buka kedai fizikal yang kosnya memang tinggi.

Sekarang kedai online boleh dibina dalam masa 24 jam secara percuma ataupun dengan kos yang minima.

Selagi boleh berjimat, selagi itulah kita kena berjimat. Itulah prinsip nak bangunkan bisnes pada permulaan.

Bab kos dah selesai sekarang bab nak mulakan bisnes apa tu yang agak kritikal.

Bab pemilihan bisnes yang sesuai dengan diri anda nie tak susah, cuma perlu lihat apa minat anda.

Kalau minat masak dan membuat kek, maka boleh buat bisnes jual kek. Contoh dah ada di pasaran. Anis Choc Moist yang terkenal.

Jual online dulu untuk try n adjust.

Kalau minat fesyen, minat baju baju, boleh buka bisnes butik online. Dah ramai yang buat macam ini.

Pemilik butik tudung terkenal Fareeda pun bermula dari rumah juga.

Kalau ada anda kelebihan pandai menulis, boleh jadi penulis Copywriter macam Tn Alif Azizan.

Seorang Copywriter yang berpendapatan lebih 6 angka setahun hasil penulisannya melalui book, buku dan lain-lain bentuk penulisan.

Memang terdapat pelbagai bisnes yang boleh anda lakukan dengan melihat apa yang ada pada diri sendiri.

Tak perlu lihat jauh-jauh, lihat diri sendiri dan sekeliling kita, dan bina bisnes melaluinya.

Kos dapat dikurangkan dan jika gagal sekalipun, kosnya tidak akan menjejaskan motivasi berbisnes anda.

Jika masih buntu dalam mencari idea bisnes yang bernas, boleh terus cari di Google dan padankan dengan diri anda.

Insha Allah anda akan menjadi seorang bisnessmen dalam masa terdekat. Amin.

Sekian.

Saturday, September 20, 2014

Kalau diikutkan dengan prestasi semasa dalam permainan, pasti ramai yang pelik kerana Real Madrid sanggup menjual Maria.

Antara pemain berbakat dan banyak sumbangan dalam pasukan Real Madrid.

Dan diganti oleh pemain yang baru meningkat naik dan menyerlah dalam Piala Dunia Brazil yang lepas, James Rodriquez.

Ada beberapa kemungkinan boleh menyebabkan keadaan ini berlaku.

Menurut Presiden Real Madrid, Perez, pembelian Rodriquez bukan disebabkan keperluan pasukan, tetapi disebabkan beliau menyerlah dalam saingan Piala Dunia.

Dapat dilihat bahawa pembelian Rodriquez bukanlah kerana keperluan, tetapi untuk penjenamaan.

Untuk jualan jersi dan jenama Real Madrid di Colombia, negara kelahiran Rodriquez.

Kalau diikutkan, nama Maria tak sepopular Rodriquez samada di negara kelahiran mahupun Eropah dan Asia.

Dengan populariti semasa Rodriquez, maka Real Madrid boleh menjana keuntungan segera melalui penjenamaan dan jualan jersi Rodriquez.

Seperti yang dilakukan Madrid melalui pembelian Ronaldo dari Manchester United, dan Bale dari Tottenham Hotspurs.

Kos pembelian kedua pemain ini dapat dibiayai oleh penjualan jersi kedua pemain ini.

Jadi, tak peliklah penjualan Maria dan pembelian Rodriquez berlaku.

Thursday, September 18, 2014

Beberapa hari lagi atau lebih tepat dalam 3 Minggu lagi kita akan merayakan hari raya Aidiladha.

http://www.equrban.com/hop.php?ref=likequrban

Hari Raya Aidiladha amat sinonim dengan ibadah Haji di Mekah dan juga Ibadah Qurban.

Inilah 2 aktiviti yang sangat sinonim dengan Aidiladha.

Pada yang dijemput Allah SWT untuk menunaikan ibadah Haji, mari kita doakan agar mereka mendapat haji yang Mabrur.

Kita yang belum dijemput Allah untuk menunaikan ibadah Haji digalakkan untuk menunaikan ibadah Qurban bagi yang mampu.

http://www.equrban.com/hop.php?ref=likequrban

Pada zaman yang segalanya online nie, ibadah Qurban juga boleh dilakukan secara online.

Ianya lebih mudah berbanding urusan offline melainkan saudara mara ataupun rakan taulan anda peniaga lembu atau kambing qurban.

Lagi 1 kelebihan tempahan Qurban melalui eQurban adalah hasil sumbangan Qurban kita akan diagihkan kepada masyarakat Muslim di Kemboja.

http://www.equrban.com/hop.php?ref=likequrban

Negara yang di mana rakyat Muslimnya dalam keadaan daif dan sumbangan hasil dari ibadah Qurban kita amat bermakna bagi mereka.

http://www.equrban.com/hop.php?ref=likequrban

Jadi, marilah kita menunaikan ibadah Qurban pada tahun ini agar ibadah ini dapat menyuburkan rezeki kita pada hari hari mendatang. Amin.

http://www.equrban.com/hop.php?ref=likequrban

Thursday, September 11, 2014

Salah satu idea bisnes yang sentiasa ada permintaan adalah bisnes menjual barangan berkaitan majlis perkahwinan.

Setiap bulan malahan setiap minggu ada majlis kahwin. Dari situ kita nampak peluangnya.


Dan paling penting, keperluannya sentiasa berubah ubah mengikut trend dan untuk terus bersaing kita perlu terus inovatif.

Antara Bisnes Barangan Kahwin yang tak perlu modal besar beratus ribu adalah:

Jual Barangan Door Gift
Jual Barangan Bunga Telur.
Jual Barangan Hantaran dan dekorasi.
Jual Bunga Hiasan Majlis Kahwin.
Jual Baju dan Aksesori


Kelebihan Bisnes Menjual Barangan Kahwin adalah:

Volume jualannya yang tinggi. Mana ada pengantin beli door Gift satu dua unit. Kebiasaannya pasti mencecah ratusan malah ribuan pun ada.

Mudah menjual kerana kebanyakan pengantin excited / teruja nak berkahwin, jadi mereka senang untuk membeli. Tapi jangan sampai anda mengambil kesempatan.

Kita lihat banyak contoh peniaga berjaya yang terlibat dalam bisnes barangan kahwin nie. 

Contohnya lihat di Nilai 3 dan Semua House Jalan Masjid India.

Setiap hari akan ada orang membeli. Dan di Nilai 3 tu kedai dah menjadi semakin besar dan semakin banyak kedai menjual barangan perkahwinan.

Ini menunjukkan permintaan yang tinggi dan sentiasa akan ada permintaan.

Dalam bisnes, permintaan yang berkekalan adalah sangat penting.

Sekia

Friday, September 5, 2014

Kalau ikutkan kualiti gambarnya memang setaraf digital camera. Tapi yang lebih bagusnya adalah ia smartphone.

Memang baguslah. Ada pelbagai pilihan untuk bergambar dan Mode terbaik untuk gambar adalah HDR.

Gambar memang terbaik.

Untuk front camera pun bagus juga kualitinya dan pada yang suka selfie dan nak gambar berkualiti bagus memang disarankan ambil jer Zenfone 6 nie.

Laju dan berbaloi.

Gambar 1st untuk front camera dan gambar 2nd utk camera belakang.

Setelah hampir 3 tahun ditunggu untuk dikeluarkan, kini model terbaru Proton bagi segmen kereta kompak akan dilancarkan.

Seperti biasa, sebelum ia dilancarkan secara rasmi, pelbagai maklumat sudah tersiar di laman sosial dan laman blom.

Terkini tersiar pilihan warna yang Proton keluarkan untuk model Proton Iriz ini. Nama belum sah lagi, tapi sudah ada dari sumber yang dipercayai mengatakan nama Proton Baru adalah Proton IRIZ.

Berikut pilihan Warna Proton Baru 2014, Proton IRIZ.

Tuesday, September 2, 2014

Tempoh perpindahan pemain liga Eropah sudah tamat dan United adalah antara kelab yang paling sibuk dan paling banyak berbelanja untuk mendapatkan pemain baru.

Kesemuanya terdapat 6 pemain baru yang dibawa masuk oleh Van Gaal bagi memperkuatkan lagi pasukan United.

Pemain bahagian serangan adalah yang paling ramai dibawa masuk oleh Van Gaal.

Kemasukan yang paling menarik adalah kemasukan Di Maria dan juga Falcao. 2 pemain berprofil tinggi dan menjadi buruan kelab utama Eropah tetapi memilih United.

Bagi mereka United merupakan antara pasukan kelab terbesar dunia walaupun musim ini United tidak akan bermain di pentas Eropah.

Secara dasarnya memang mengejutkan berita perpindahan Falcao ke United, tapi sangat menggembirakan bagi peminat setia United yang masih belum menunjukkan taring mereka selepas 4 perlawanan kompetitif di England di bawah pengurusan Van Gaal.

Perpindahan Falcao secara pinjaman ini pastinya membantu menajamkan bahagian serangan United yang kurang berbisa.

Seterusnya Falcao akan menjadi saingan kepada Wayne Rooney dan RVP.

Ditambah pula dengan pembelian Di Maria dari Real Madrid, pastinya bahagian serangan United bakal menjadi igauan pasukan lain di BPL.

Kemasukan Falcao ini menyebabkan 2 penyerang muda United, Welback dan Chicharito dipinjamkan keluar ke Real Madrid dan Arsenal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget