Wednesday, September 24, 2014

Nak berbisnes tapi modal tak ada? Itulah masalah kebanyakan kita untuk memulakan bisnes.

Nak berbisnes perlu modal yang banyak. Nak bisnes perlu ada modal puluhan ribu ringgit. Salah, ini adalah tanggapan dan anggapan yang salah sama sekali.

Lebih-lebih lagi di zaman serba online ini.

Banyak perkara boleh didapati secara percuma.

Ilmu pun banyak boleh didapati secara percuma.

Pemasaran permulaan juga banyak saluran percuma.

Kalau dulu mungkin banyak yang berbayar menjadikan kos memulakan bisnes menjadi tinggi.

Dulu perlu kos untuk buka kedai fizikal yang kosnya memang tinggi.

Sekarang kedai online boleh dibina dalam masa 24 jam secara percuma ataupun dengan kos yang minima.

Selagi boleh berjimat, selagi itulah kita kena berjimat. Itulah prinsip nak bangunkan bisnes pada permulaan.

Bab kos dah selesai sekarang bab nak mulakan bisnes apa tu yang agak kritikal.

Bab pemilihan bisnes yang sesuai dengan diri anda nie tak susah, cuma perlu lihat apa minat anda.

Kalau minat masak dan membuat kek, maka boleh buat bisnes jual kek. Contoh dah ada di pasaran. Anis Choc Moist yang terkenal.

Jual online dulu untuk try n adjust.

Kalau minat fesyen, minat baju baju, boleh buka bisnes butik online. Dah ramai yang buat macam ini.

Pemilik butik tudung terkenal Fareeda pun bermula dari rumah juga.

Kalau ada anda kelebihan pandai menulis, boleh jadi penulis Copywriter macam Tn Alif Azizan.

Seorang Copywriter yang berpendapatan lebih 6 angka setahun hasil penulisannya melalui book, buku dan lain-lain bentuk penulisan.

Memang terdapat pelbagai bisnes yang boleh anda lakukan dengan melihat apa yang ada pada diri sendiri.

Tak perlu lihat jauh-jauh, lihat diri sendiri dan sekeliling kita, dan bina bisnes melaluinya.

Kos dapat dikurangkan dan jika gagal sekalipun, kosnya tidak akan menjejaskan motivasi berbisnes anda.

Jika masih buntu dalam mencari idea bisnes yang bernas, boleh terus cari di Google dan padankan dengan diri anda.

Insha Allah anda akan menjadi seorang bisnessmen dalam masa terdekat. Amin.

Sekian.

Tagged: , ,

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget