Thursday, October 30, 2014

Berdasarkan survey dan pembacaan sendiri, antara entry yang kerap menarik perhatian pembaca Blog adalah entry yang berkaitan blogging itu sendiri dan berkaitan dengan Hiburan.


Ramai Pembaca Blog adalah pemilik Blog. Maka mereka sangat perlukan informasi untuk meningkatkan kualiti Blog mereka.

Jadi, saya senaraikan 3 Jenis entry yang mudah menarik pembaca untuk membaca.

1. Entry berkenaan Panduan Menarik Trafik Ke Blog.
- Segala entry yang berkongsi tentang trafik Blog akan mampu menarik minat pembaca terutamanya pembaca yang mempunyai Blog sendiri.
- Trafik sentiasa menjadi sasaran blogger.
- Ini kerana, tanpa trafik, Blog ibarat Hidup Segan, Mati Tak Mau.
- Jadi, sebarang entry terutamanya dari otai blogger yang berkaitan dengan trafik akan menarik pembaca.

2. Entry Cara Buat Duit Dengan Blog.
- Satu lagi entry yang sentiasa menjadi carian para blogger mahupun orang yang sedang mencari sumber pendapatan sampingan.
- Buat Duit Dengan Blog boleh dikategorikan mudah kerana modal yang perlu dikeluarkan tak banyak.
- Jadi, entry buat duit dengan Blog memang akan menarik minat pembaca.
- Oleh itu, jika anda blogger yang dah mula buat duit dengan Blog, elok kongsikannya di Blog agar menarik lebih ramai pembaca.
- Walaupun income itu hanya 2 atau 3 ringgit. Ia adalah perkongsian yang baik sebagai motivasi diri dan pendorong blogger baru.

3. Entry kontroversi Artis mahupun Selebriti.
- Entry gosip artis dan Selebriti akan menjadi pilihan kerana sudah menjadi lumrah manusia yg sukakan gosip.
- Kalaupun gosip itu bukan cerita sebenar, ia tetap menarik pembaca untuk membacanya.
- Apapun, entry ini kurang digalakkan jika Blog anda fokus kepada bidang lain.
- Entry gosip ini lebih kepada publisiti dan tak menaikkan kredibiliti anda sebagai blogger.
Entry ini sesuai untuk Blog yang memang fokus pada entry hiburan semata-mata.

Diharap entry ini dapat membantu. Kepada anda yang ada idea lain, bolehlah kongsikan di sini untuk rujukan kita semua rakan blogger.

Tagged: ,

4 comments :

  1. Replies
    1. Betul tu. Kalau ada jer post pasal gosip, mesti cepat jer kita klik.

      Delete
  2. Entry pasal gosip la paling cepat org share kan..paling cepat orang nak klik dan baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Setuju. Itu sebab Blog atau portal tentang artis dan gosip cepat popular

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget