Wednesday, October 1, 2014

Ada tengok kat laman FB Page Rahsia Hawa tadi gambar Puding Roti Karamel nie. Nampak cantik dan sempurna serta macam sedap.


Jadi nak kongsikanlah di laman Blog Perkongsian ini.

Walaupun bukan niat nak masak pun. Tapi sekadar berkongsi Resepi Puding Roti Karamel ini.

RESEPI PUDING ROTI KARAMEL

Bahan-bahan:

3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat - sy letak 3/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara membuat Puding Roti Karamel

Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit).

Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, (berhati2 gula panas).

Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang.

Ketepikan.

Panaskan pengukus.

Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.

Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla.

Blend sekejap agar sebati.

Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)

Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan.

Tagged: , ,

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget