Tuesday, October 28, 2014

FIFA telah mengeluarkan senarai pendek 23 pemain yang bakal bersaing bagi menjadi pemain terbaik dunia 2014, Anugerah FIFA Ballon D'or 2014.

Anugerah paling berprestig bagi pemain bola sepak dunia. Anugerah ini dimenangi oleh Cristiano Ronaldo pada tahun lepas.



Selain Ronaldo, pemenang 4 tahun berturut-turut 2009-2012, Lionel Messi juga turut tercalon dalam senarai 23 pemain ini.

Senarai Penuh 23 Pemain Bakal Terima Anugerah FIFA Ballon D'or 2014

  1. Gareth Bale, Wales, Real Madrid
  2. Karim Benzema, France, Real Madrid
  3. Diego Costa, Spain, Chelsea
  4. Thibaut Courtois, Belgium, Chelsea
  5. Angel Di Maria, Argentina, Manchester United
  6. Mario Gotze, Germany, Bayern Munich
  7. Eden Hazard, Belgium, Chelsea
  8. Zlatan Ibrahimovic, Sweden, Paris Saint-Germain
  9. Andres Iniesta, Spain, Barcelona
  10. Toni Kroos, Germany, Real Madrid
  11. Philipp Lahm, Germany, Bayern Munich
  12. Javier Mascherano, Argentina, Barcelona
  13. Lionel Messi, Argentina, Barcelona
  14. Thomas Muller, Germany, Bayern Munich
  15. Manuel Neuer, Germany, Bayern Munich
  16. Neymar, Brazil, Barcelona
  17. Paul Pogba, France, Juventus
  18. Sergio Ramos, Spain, Real Madrid
  19. Arjen Robben, Netherlands, Bayern Munich
  20. James Rodriguez, Colombia, Real Madrid
  21. Cristiano Ronaldo, Portugal, Real Madrid
  22. Bastian Schweinsteiger, Germany, Bayern Munich
  23. Yaya Toure, Ivory Coast, Manchester City
Dari 23 senarai pemain ini, kesemua mereka mewakili negara mereka dalam Piala Dunia Brazil yang baru lepas kecuali Zlatan Ibrahimovic.

Manakala 2 penjaga gol turut bersaing untuk cuba memenangi anugerah berprestig ini iaitu Manuel Neuer dan Thibaut Courtois.

Kalau mengikut senarai di atas, berkemungkinan Ronaldo bakal mengekalkan anugerah yang dimenangi tahun lepas kerana persembahan cemerlangnya bersama Real Madrid dan berjaya membantu Madrid memenangi Liga Juara-juara.

Cuma, Ronaldo kurang cemerlang ketika bersama Portugal dan ini sedikit memberi kesan kepada Ronaldo.

Messi juga pastinya antara calon pilihan.

Calon lain yang berkemungkinan untuk menang adalah Tony Kroos dan Mario Gotze yang membantu Germany memenangi Piala Dunia Brazil.

Manakala calon lain dilihat kurang menyerlah dan apapun sama-sama kita tunggu siapa yang menang nanti ya.

Sumber: ESPN

Tagged: , , , , , , , ,

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget