Friday, November 28, 2014

Majlis perkahwinan yang dilangsungkan di dewan kebiasaannya sama sahaja dengan majlis perkahwinan di rumah atau taman yang menggunakan kanopi.

Kalau ada perbezaan pun ia ada sedikit sahaja bergantung pada persembahan apa yang ada.




Untuk aturcara majlis nie, kalau boleh lantik seorang yang khas untuk aturkan majlis ini.

Kalau nak harap pengantin yang atur atau mak ayah pengantin yang atur, besar kemungkinan akan kelam kabut.

Sebaik baiknya pilih pakej perkahwinan yang ada sekali khidmat mengkordinasi aturcara majlis.

Jika tak ada, cari khidmat Pengacara Majlis atau DJ yang berpengalaman dalam mengatur aturcara majlis dan pastikan ia mengikut kehendak anda atau hasil perbincangan anda dan keluarga.

Aturcara biasa untuk majlis perkahwinan di dalam dewan adalah seperti berikut:

Untuk majlis di dewan, ada 2 pilihan, keluarga rombongan masuk dengan pengantin atau rombongan masuk dulu dan duduk di meja yang telah disediakan.

Lebih elok jika masuk dulu sebelum pengantin kerana ia akan mengurangkan kesesakan dalam dewan. 

Kalau dewan besar tak apala, kalau dewan sederhana atau kecil, anda bayangkanlah kesesakannya ya jika rombongan yang mengiringi anda tu lebih dari 50 orang.

1. Berarak dari turun kereta hingga Pintu Gerbang.
Menggunakan Kompang live, Audio atau Bagpipe atau lain-lain

2. Berarak dari pintu gerbang ke pelamin.
Menggunakan lagu tema cinta, Selawat, Audio Gamelan, Gamelan Live atau main kompang terus ke Pelamin

3. Bersanding di atas pelamin.

4. Bacaan Doa

5. Aturcara Merenjis diiringi paluan kompang

6. Makan Beradab

7. Potong kek

8. Sesi bergambar

9. Sesi bebas dan beramah mesra bersama tetamu.

Semasa bersanding dan selepas bacaan doa, jika ada sebarang persembahan seperti silat atau tarian, bolehlah persembahkan ketika ini, sebelum acara merenjis.

Untuk majlis di dalam dewan juga ada 2 pilihan kepada pengantin untuk berarak. Samaada pengantin lelaki dan perempuan berarak turun kereta bersama atau pengantin perempuan menunggu pengantin lelaki di dewan.

Kemudian baru berarak bersama.

Aturcara ini adalah aturcara yang biasa saya aturkan untuk majlis yang saya kelolakan bersama ISDA Catering & Wedding Planner.

Jika anda ingin ubah mengikut citarasa anda pun boleh. Tapi inilah aturcara terbaik yang mudah dan teratur untuk diuruskan.

Jika ada pertanyaan boleh tinggalkan di ruang komen atau boleh email ke blogger.razis@gmail.com

Sebarang pertanyaan tak dikenakan cas. Jangan risau. Kalau nak free lagi khidmat koordinasi aturcara majlis, ambil pakej perkahwinan dengan kami di ISDA Catering & Wedding Planner. PM jika ada sebarang pertanyaan.

Insha Allah kami akan koordinasikan majlis anda selancar yang mungkin.

Kalau nak khidmat PA Sistem + Pengacara  Majlis + karaoke + Koordinasi Aturcara Majlis pun boleh. Kalau nak Pengacara Majlis + Koordinasi Aturcara Majlis pun boleh juga.

Senang cerita, semua bolehlah. PM jer ke FB ISDA Catering & Wedding Planner atau komen di entry ini.

Tagged: , , ,

1 comment :

  1. Bagus juga dah ada siap macam ni boleh ikut ye.
    ...
    Menarik menarik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget