Friday, November 7, 2014

Kebelakangan ini cuaca di Malaysia tak menentu. Ada hujan lebat hingga menyebabkan banjir kilat, tanah runtuh, pokok tumbang dan sebagainya.

Semalam kita dikejutkan dengan kejadian Banjir Lumpur di Tanah Tinggi Cameron Highlands yang mengakibatkan korban nyawa.

Kejadian yang berlaku untuk kali kedua di Cameron Highlands.

Terbaru kejadian pokok tumbang di tengah bandar Kuala Lumpur, di Jalan Masjid India.


Oleh kerana cuaca tak menentu pada masa kini, eloklah anda parking kereta atau motorsikal di tempat yang lebih selamat dari banjir kilat, pokok tumbang dan lain-lain bencana yang mungkin melanda bandaraya besar seperti KL ini.

Jangan kerana nak jimatkan duit parking, kereta atau motorsikal anda terkena bencana yang lebih merugikan.

Tagged:

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget