Saturday, November 1, 2014

Fenomena baru iPhone bakal melanda Malaysia dengan kemasukan model terbaru iPhone 6 dan iPhone 6 Plus.


Maxis dan Digi adalah 2 syarikat telekomunikasi yang akan membawa masuk iPhone 6 dan iPhone 6 Plus.

Dilaporkan laman web mereka down seketika pada hari pertama proses pre order iPhone 6 dan iPhone 6 Plus.

Inilah kegilaan yang dibawa oleh iPhone.

Bukan hanya di Malaysia, tapi ke seluruh dunia.


Dahsyat betul penangan iPhone ini.

Harga iPhone 6 dan iPhone 6 Plus ini memang boleh tahan harganya.

Tak ramai akan mampu memilikinya.

Harga iPhone 6 dan iPhone 6 Plus ini diambil berdasarkan laman LowYat.net:

Harga iPhone 6:
RM2,399 untuk 16GB
RM2,749 untuk 64GB
RM3,149 untuk 128GB

Harga iPhone 6 Plus:
RM2,749 untuk 16GB
RM3,149 untuk 64GB
RM3,549 untuk 128GB

Mahal sangat bagi aku yang bukan penggila gajet nie.

Cukuplah beli smartphone yang boleh online dan boleh update Blog ini di mana-mana sahaja.

Kalau ikutkan hati, memang berminat nak pakai iPhone. Tapi apakan daya, ada benda lebih penting perlu diutamakan berbanding iPhone.

Jadi, tunggu sampai iPhone 10 kot baru nak beli. Hahaha.

Sekian.

p/s: Sumber Gambar dari Google.com

Tagged: , , , ,

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget