Monday, December 1, 2014

Alhamdulillah, dah masuk pun kita ke bulan Disember. Bulan terakhir untuk 2014. Dan ini adalah entry pertama yang membuka tirai bulan Disember ini.

Entry berkenaan kes kecurian yang berlaku di sebuah majlis perkahwinan di Melaka yang dah jari viral di FB dan lain lain social media


Perkara ini elok untuk dijadikan iktibar dan peringatan buat semua yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan di rumah.

Waktu tuan rumah sedang sibuk menguruskan perarakan pengantin, pada masa inilah mereka beraksi.

Kita tengah sibuk, manalah nak tengok siapa yang masuk rumah kan?

Apapun jadikan kes pencuri di majlis kahwin di Melaka ini sebagai 1 peringatan.

Lepas ini, kalau buat majlis, khaskan 1 bilik yang berkunci untuk simpan barang barang berharga.

Kunci dan tak perlu selalu keluar masuk di situ. Kadang kadang saudara mara pun ada jugak yang agak panjang tangan. Tu kena beringat selalu dan jangan terlalu percaya walaupun saudara mara.

Almaklumlah, harta seperti smartphone, ipad, tablet, dan macam-macam lagi nie ada permintaan tinggi. Kalau lalai memang senanglah orang lain nengebasnya.

Apapun, kes kecurian di majlis kahwin kat Melaka nie betul betul membuka mata ramai tuan rumah selepas ini.

Sebelum nie ada jugak aku dengan kes kecurian di majlis kahwin, ada yang hilang set barang kemas dan sebagainya. Tapi pencuri tak terkantoi.

Kalau dah terkantoi macam pencuri kat Melaka nie, memang glamor seglamornyalah kak tu. Masuk facebook dan dah jadi viral.

Apapun peringatan sekali lagi, jangan lalai dan jagalah harta sendiri tanpa nak harapkan orang lain.

Tagged: ,

2 comments :

  1. Sekarang ni macam-macam cara orang nak mencuri. Sampaikan ada kes masa sibuk2 orang meninggal dunia pun sempat lagi masuk rumah orang mencuri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah nama nak mencuri, pasti syaitan akan hasut tak kira masa dan tempat. Semoga kita dijauhkan dari golongan mcm nie.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget