Sunday, December 21, 2014

Sebelum ini ada buat entry berkenaan kos tukar skrin Zenfone 6 aku yang pecah sebab terjatuh dan kosnya agak tinggi separuh dari kos beli handphone Zenfone 6 baru.

Mahal memang mahal kosnya, tapi kena dan terpaksa tukar sebab phone nie best dan skrinnya besar. Senang untuk berblogging dan lagi satu, kelajuannya memang sesuai untuk blogging.


Lagi satu sebab aku tukar sebabnya adalah kos nak beli handphone baru memang lebih tinggi. Lebih baik repair jer dari beli baru.

Dan paling penting, kosnya tak semahal kos kedai yang sebelum ini aku tanya. Kedai pertama yang aku tanya tu RM400++.

Dan kedai tempat aku repair ini adalah di Low Yat dan kosnya RM300++ jer. Kurang hampir RM100++ jugaklah.

Jadi, jika ada kawan-kawan blogger atau kawan-kawan pembaca yang mengalami masalah skrin Zenfone 6 anda jatuh dan sayang nak tukar phone baru, bolehlah repair di Low Yat.

Tapi untuk yang tinggal berdekatan sahajalah. Kalau dah jauh sangat tu, carilah tempat yang berbaloi ya.

Tagged: ,

3 comments :

  1. Kalau di Lowyat, sehari dah siap. 1 jam atau kurang dah siap. Kalau di kedai lain mungki sehari atau lebih.

    ReplyDelete
  2. Kalau di Lowyat, sehari dah siap. 1 jam atau kurang dah siap. Kalau di kedai lain mungki sehari atau lebih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget