Monday, February 2, 2015

Sebut pasal internet marketing, ramai akan terfikir tentang Facebook, Twitter, Instagram, blog dan macam-macam lagi.

Memang ada berpuluh malahan beratus sumber untuk internet marketing.

Ada yang percuma. Ada yang berbayar.

Tak kisahlah percuma atau berbayar, apa yang penting kita perlu gunakan Internet Marketing ini.

Banyak faedahnya. Antaranya adalah kos yang lebih rendah. Seperti yang dikongsikan oleh Pn Ainon di laman sekolahbisnes.net.


Memang kosnya sangat jauh berbeza dan hasilnya agak sama atau lebih baik.

Syarikat besar biasanya menggunakan offline marketing untuk menaikkan jenama mereka.

Bukan untuk membuat jualan semata-mata.

Seperti contoh, billboard besar di lebuhraya utama bukanlah bertujuan untuk menghasilkan jualan, tapi lebih kepada Branding dan Brand Positioning.

Jadi, sebagai peniaga kecil, kata seharusnya terus fokus kepada internet marketing kerana ia berkos rendah dan mampu bayar.

Itulah yang kami lakukan untuk mempromosikan bisnes perkahwinan yang kami buat, ISDA Catering & Wedding Planner.

Selain dari menaikkan Branding, internet marketing juga membantu menjana jualan terus dan paling penting, ia menjimatkan kos menjual kami.

Untuk kami yang berskala kecil, kami mampu menjimatkan kos lebih dari RM10k dengan internet marketing.

Ini kerana, kos pengiklanan di majalah untuk 1 keluaran adalah berharga RM2k +++. Dan bukan boleh beli slot untuk 1 keluaran, kontrak minima adalah 6 keluaran iaitu untuk 6 bulan.

Jadi, kosnya lebih kurang RM12k.

Selain dari majalah, medium pemasaran offline lain yang biasa digunakan dalam industri adalah Pameran atau Ekspo.

Kos menyertai Pameran adalah RM4k untuk saiz booth 10' x 10'. Kos yang sangat tinggi. Ini adalah kos paling minima.

Untuk pameran yang bereputasi tinggi, kosnya mencecah RM5k untuk saiz booth yang sama.

Dalam setahun perlu menyertai 3 Pameran sekurang-kurangnya jika ingin mendapatkan jualan yang banyak.

Jadi, RM4k x 3kali, kosnya lebih kurang RM12k.

Sebagai penyelesaian untuk kos offline marketing yang mahal, kita perlu gunakan Internet Marketing sebaik mungkin dan semaksimum yang boleh.

Mengikut pengalaman kami, penjimatan sehingga RM10k mampu dicapai jika menggunakan medium internet marketing sepenuhnya.

Jadi, ambil kesempatan ini untuk kita menjana pendapatan sebanyak yang boleh dengan kos pemasaran yang minima.

Sekian.

Tagged: , , , , , ,

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget