Monday, February 16, 2015

Ada terbaca post terbaru dari Blog Denaihati tentang peniaga kedai makan Melayu yang kurang mementingkan layanan kepada pelanggan.

Antara layanan yang kurang memuaskan itu termasuklah lambat ambil order, kurang informasi tentang menu yang dihidangkan, lambat hantar pesanan dan tak efektif dalam menerima pembayaran.

Jadi, sebagai peniaga, buatlah sedikit perubahan, iaitu perubahan tentang layanan kepada pelanggan.

Sikit jer perubahannya. Tapi hasilnya sangat berbaloi.

Walaupun kedai anda tak cantik, tak mewah seperti kopitiam, tapi jika layanan anda terhadap pelanggan tahap A, Insha Allah hasilnya berbaloi.

Perubahan yang perlu anda buat adalah cepat ambil order.

Sediakan menu agar senang pelanggan nak order.

Sediakan tanda, atau sign jika ingin membuat pembayaran.

Cepat dalam penghantaran makanan yang di order.

Itu sahaja perubahan yang perlu anda buat. Tak banyak dan tak perlu modal yang besar pun.

Jadi, kita perlu naik taraf servis kedai makan kita agar pelanggan tak bandingkan kita dengan kedai makan Mamak mahupun kopitiam.

Biarlah kita meniaga di bawah pokok sekalipun, tapi layanan pada pelanggan tahap kopitiam berhawa dingin.


Tagged: , ,

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget