Friday, October 23, 2015

Satu lagi rumours a.k.a gosip perpindahan bagi kelab Manchester United.

United digosipkan dengan pemain sensasi dunia iaitu Messi. Memang susah nak dipercayai gosip ini.


Tapi tak mustahi kerana £180 juta tu dah tak besar mana pun dan United tiada masalah dengan dana sebesar itu.

Lebih lebih lagi untuk pemain seperti Messi.

Ditambah pula Messi dikhabarkan ingin beralih ke angin ke Liga lainla kerana kurang berpuas hati dengan percukaian Sepanyol.

Selain United, pesaing United di Liga Inggeris iaitu Man City dan Chelsea juga berminat dan mampu membayar £180 juta untuk Messi.

Apapun ianya hanya gosip. Betul atau tidak kita perlu tunggu sehingga 2017 di mana kontrak Messi akan tinggal setahun lagi dan tamat 2018.

Kalau Messi tandatangan kontrak sambungan, maka berkecailah harapan United, City dan Chelsea.

Kalau Messi tak tandatangan kontrak baru, maka akan berpeluanglah Messi berpindah ke kelab baru 2017 nanti.

Sumber: www.mirror.co.uk/sport/football/transfer-news/man-united-news-transfer-rumours-6687776

Tagged: , , , , ,

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget