Saturday, January 16, 2016

Sebut jer jenama Ramly, pasti dah terbayang dalam kepala kita syarikat apa Ramly nie.

Produknya sentiasa menjadi pilihan ramai terutamanya produk burgernya yang pasti sangat sinonim dengan burger jalanan kat Malaysia nie.

Rasanya memang tiada tandingan dan mampu menandingi kualiti rasa burger McDonald dan juga Burger King.

Kini, Ramly terus mengembangkan kuasanya dengan terbinanya kilang terbaru syarikat tersebut di Pulau Indah Klang.

Dijangka, jualannya akan mencecah RM2 billion selepas kilang barunya beroperasi dijangka pada 2018.

Satu pencapaian yang sangat-sangat boleh dibanggakan dan wajar kita contohi.

Syarikat yang didirikan dengan modal RM2000 sahaja, kini mampu mencecah jualan berbillion ringgit.

Sama-samalah kita terus mencontohi syarikat ini dan teruslah kita menyokong produk syarikat ini.

Sumber: The Vocket

Tagged: , , ,

1 comment :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget