Thursday, March 31, 2016

Bisnes kena ada kedai nie mitos yang semakin lenyap sejak kewujudan social media.

Kalau dulu mungkinkah mitos nie ada benarnya sebab dulu tak wujud social media yang menjadi tempat kita berurusniaga.

Tapi, ramai peniaga berjaya yang bermula tanpa kedai.

Mereka berniaga secara berpindah-randah.

Kalau ikutkan konsep Nabi Muhammad SAW pun tak mempunyai premis atau kedai semasa mula berniaga.

Baginda Rasulullah SAW hanya berniaga secara trading.

Berniaga secara berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.

Kalau dilihat pada masa sekarang ia lebih kurang seperti konsep berniaga pasar malam ataupun pasar tani dan semakin popular sekarang "food truck".

Tiada sewaan kedai yang tetap dan tiada sewaan yang tinggi.

Sewaan kedai nie sangat sinonim dengan kos yang tinggi dan mesti dibayar setiap bulan.

Ada jualan atau tidak, sewa tetap kena bayar.

Kalau ikutkan pengalaman aku sebagai peniaga khidmat katering untuk majlis perkahwinan, kami beroperasi lebih dari 2 tahun di rumah sebelum berani untuk menyewa kedai.

Nak sewa kedai pun kami sangat berkira dengan kadar sewaannya kerana kami berkira-kira dengan komitmen bulanan.

Alhamdulillah sekarang kami mampu menyewa kedai untuk operasi bisnes katering perkahwinan yang sangat mencabar.

Dengan persaingan yang tinggi, kami perlu memastikan kos terjaga disamping kualiti servis dan makanan terjamin.

Bagi peniaga baru yang ingin mula berniaga, elakkan dari menyewa kedai yang melibatkan kos yang tinggi.

Kalau perlukan kedai juga, sewa yang murah-murah dulu.

Kalau boleh kongsi kedai dengan penyewa lain, kongsi jer dulu.

Kalau dah sewa pula, jangan buat renovasi melampaui batas. Renovasi pun buat ala kadar jer.

Renovasi seminima yang boleh kerana kita perlu tumpukan lebih kepada operasi harian dan marketing.

Lebihkan kos pada marketing dan bukan pada renovasi dan atau sewaan kedai.

Tagged: , ,

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget