Tuesday, May 31, 2016

Bulan Ramadhan adalah bulan Barakah yang terkandung di dalamnya 1001 nikmat.

Antara nikmatnya adalah ketika berbuka puasa.

HIDANGAN BERBUKA PUASA

Hidangan berbuka puasa sangat penting dititikberatkan kerana ia akan memberi tenaga untuk menjalankan ibadat Berterawikh pula.

Sajian berbuka puasa bagi masyarakat Melayu memang takkan lari dari hidangan utama iaitu Nasi.

Nak menghidang nasi pula, perlu ada lauk pauk yang meriah.

Nak meriah, masa pula tak banyak sebab kekangan waktu bekerja.

Jadi, sebagai alternatifnya, makanan siap menjadi pilihan. Beli saja di bazar Ramadhan yang banyak tumbuh di tempat-tempat anda.

Satu lagi alternatif yang boleh menjadi pilihan adalah makanan Frozen / Sejuk Beku.

AYAM BEREMPAH FROZEN - ISDA LAZAT


Pihak ISDA Lazat ada menyediakan Ayam Berempah Frozen.

Ayam berempah frozen ini adalah ayam yang telah diperap bersama rempah khas dan terus boleh di goreng.

KELEBIHAN MAKANAN FROZEN

Inilah bagusnya makanan Frozen. Boleh dihidangkan panas-panas tetapi tidak mengambil masa yang lama untuk disediakan.

BERBALOI DAN MENJIMATKAN.

Hidangan atau lauk utama ini berbaloi jika disediakan sendiri kerana ia akan membantu anda berjimat. Hari-hari beli lauk luar pun lama-lama sakit juga poket tu.

Ditambah pula persiapan nak beraya.

Jika ada yang berminat nak menempah Ayam Berempah Frozen ini, boleh lawati FB mereka di Ayam Berempah Frozen.

Selain Ayam Berempah Frozen, ISDA Lazat juga ada menyediakan Kambing Perap Frozen yang juga boleh terus dihidangkan.

Untuk menempah kedua-dua produk ini, boleh lawat ke FB ISDA Lazat.


Tagged: , ,

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget