Wednesday, February 15, 2017



Mentaliti kebanyakkan kita tentang bisnes adalah perlukan duit dan modal yang besar.

Itulah persepsi yang telah lama tertanam dalam akal fikiran kita bangsa Melayu.

Aku pun dulu berfikiran macam tu jugak dan seterusnya menjadikannya alasan tak memulakan perniagaan iaitu disebabkan tiada modal wang yang banyak.

Padahal, jika tiada modal wang ringgit pun tetap boleh memulakan bisnes. Gunakan modal tenaga dan masa.

Antara Bisnes yang kita boleh mulakan tanpa modal wang yang banyak adalah:

1. Menjual Servis / Kepakaran

Renung kembali apa kepakaran anda, dan mulakan ia sebagai bisnes pertama anda.

Contoh kepakaran yang semakin tinggi permintaan adalah kepakaran mendesign. Terma popular untuk bisnes ini adalah "freelance designer".

Kepakaran menulis membolehkan anda memulakan bisnes blogging atau editing.

Jika anda ada kepakaran bercakap, anda boleh mulakan bisnes sebagai Pengacara Majlis atau DJ.


2. Menjadi Agen Jualan 

Dengan menjadi agen jualan, tiada modal anda perlu keluarkan melainkan modal tenaga dan masa. Cari bisnes yang anda boleh menjadi agennya tanpa perlu anda keluarkan duit. Contohnya agen Insuran atau Takaful.

Ataupun anda menjadi agen marketing kepada bisnes yang mengeluarkan produk dan anda makan komisyen sebagai permulaannya. Contohnya anda menjadi agen marketing kepada syarikat Katering atau Bridal.

3. Menjadi Agen Dropship.

Ini pun mudah kerana anda bertindak sebagai promoter sahaja melalui medium online mahupun offline. Selebinya, syarikat pengeluar yang uruskan.

4. Menjual Barangan Terpakai Yang Ada Di Rumah Anda.

Jual melalui channel seperti Mudah.my atau yang semakin popular sekarang adalah Car Boot Sales.

Dah dapat modal hasil jualan barangan terpakai tu, bolehla tambah barangan dan rolling terus.

5. Jual Idea Dan Anda Cari Pelabur.

Mencari pelabur adalah cara memulakan bisnes tanpa modal duit anda sendiri.

Anda berikan tenaga, pelabur berikan kapital. Yang penting, segala perjanjian perlu ada hitam putihnya agar tiada masalah berbangkit di masa hadapan.

6. Meniaga Barangan Berasaskan Pertanian.

Produk pertanian yang kita tanam atau bela sendiri. Contohnya seperti menjual sayuran yang kita tanam di tepi rumah.

Menjual ayam hasil ternakan sendiri yang dibela secara organik, itu antaranya.

7. Menjual Makanan Seperti Keropok atau Jajan.

Modal akan ada, tetapi minima.

Laksanakan terus untuk memastikan ia berjaya.

Ini antara idea asas perniagaan yang boleh anda ceburi dengan modal kewangan yang sedikit atau mungkin tiada langsung.

Apapun, ia bergantung pada usaha kita seterusnya.

Tagged: ,

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget