Friday, August 25, 2017

Baru selesai pengundian peringkat kumpulan bagi UEFA Champion League bagi musim 2017/2018.
.
Kumpulan yang boleh diketegorikan sebagai Kumpulan Maut adalah Group C yang menampilkan Chelsea, Atletico Madrid, Roma dan pendatang baru UCL dari Azerbaijan, Qarabag.
.
Group H juga antara group maut kerana Real Madrid bakal bersaing dengan Borussia Dortmund, Totenham Hotspurs dan APOEL.
.
Senarai penuh Undian UCL 2017/2018.

.
United diundi dalam Group A. Turut berada dalam Group A adalah Benfica, FC Basel dan CSKA Moscow.
.
.
Nampaknya, misi Mourinho untuk memenangi Champion League bersama United akan dimulakan dengan langkah kanan.
.
Kumpulan yang boleh dikatakan agak mudah.
.
Perlawanan Pertama peringkat kumpulan akan diadakan pada 12 dan 13 September 2017
.

Thursday, August 24, 2017

Laman rasmi Manchester United hari ini mengesahkan bahawa Ibrahimovic telah bersetuju untuk menyambung kontrak bersama United.
.

Seperti khabar angin sebelum ini, Ibra akan menyarung jersi no.10. Jersi lama Rooney.
.
Ini kerana jersi no 9 yang sebelum ini dipakai oleh Ibra telah diberi kepada Lukaku. Penyerang baru United.
.
Nampaknya Mourinho memang serius untuk mengukuhkan bahagian serangan United musim ini.
.
Lukaku + Ibra + Rashford + Martial + Mikhitaryan + Pogba = kebabomlah bahagian depan United musim ini.
.
Nampaknya dah selesai perlawanan Playyoff bagi Liga Juara-Juara Eropah yang dinanti-nantikan ramai.
.
Proses undian untuk peringkat kumpulan akan berlangsung pada hari Khamis ini.
.
Kenduri sangat nie Team Hoki Malaysia membelasah pasukan Indonesia dengan jaringan 18 - 1.
.
.
Ya ampunkan, kejam betul mereka nie.
.
Sumber: thesukan.com

Wednesday, August 23, 2017

Jika betul seperti yang dikhabarkan, ia adalah berita gembira buat peminat United dan boleh dikatakan berita merisaukan buat peminat pasukan 'rival' bagi United.

Dengan prestasi terkini United, ditambah pula dengan kehadiran King Ibra, pasti peminat Chelsea, Arsenal, Liverpool, Tottenham Hotspur akan mula risau.

Apapun berita ini belum SAH, cuma di online store Adidas sudah ada nama dan no Ibrahimovic iaitu no 10.


No yang sebelum ini diguna oleh Wayne Rooney yang telah kembali ke Everton.

Jadi, no jersi itu memang sedang 'vacant'. Tak mustahil no tersebut bakal dimiliki oleh King Ibra.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget